Siapa yang pernah atau biasa memancing ikan kalui atau kaloi? Apa kata jika korang berkongsi pengalaman korang terutamanya umpan yang digunakan dan teknik yang dipraktikkan.
“Lama dah tak memancing ikan kaloi ni. Biasa dulu pakai buah ara, lipas & cengkerik. Teknik pulak biarkan hanyut ke bangkar dengan menggunakan pin besar sebagai pemberat.”
- AHMAD AZIZIDDIN YUSOF
“Umpan buah ara, pisang, sawit, roti, cengkerik, lipas, udang dan sejenis pokok keladi (tak tau nama saintifik) dan termasuk rumput-rumput di tebing sungai. Boleh juga gunakan siulan dengan nada dan teknik yang betul ia akan timbul ambil nafas. Lokasinya di Sungai Perak.”
- MOHAMAD HAFIZ TALIB
“Main roti Gardernia kosong… potong dadu. Mata kail diikat direct pada tali utama. Cangkuk roti 3-4 ketul. Kalau ada jelawat besar lengan pun dia akan makan umpan tu.”
- RAFIZI AMIN
“Dulu selalu mancing dan dapat ikan ni. Bila dapat tu mesti catch & release sebab kalau bawak balik emak saya tak makan. Sebabnya, ikan kaloi ni emak Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah tu, katanya.”
- JAY DEE JR
“Sungai belakang Istana Anak Bukit, Kedah. Dapat masa raya puasa tahun ni. Ya la, alang-alang balik beraya kat kampung tu memancing la sekali. Selalunya diet umpan kaloi sungai yang saya ngail ni buah ara, mengkudu, cempedak, cengkerik, lipas… tapi kaloi ni makan roti campur perasa strawberi… masa cari patin.”
- ABD MUTTALIB
“Pakai belalang, cengkerik dan larva lalat (kalau dah terpaksa). Pakai pelampung, perambut kira-kira sepanjang lengan, kasi hanyut. Lampam, anak sebarau, jelawat dan patin pun kena juga. Tip berguna, pastikan sungai tu ada kelibat kaloi dahulu kalau nak target… kaloi ni suka main kat permukaan air.”
- EEVIANIS JALI DANIEL
“Kaloi ni spesies kuat melawan, layan best tapi rasa isi dagingnya kurang sedap la. Umpan boleh guna, lipas, cengkerik,udang gantung, isi pisang masak potong dadu,serta daun kangkung. Ini antara umpan kaloi di lokasi yang selalu aku pergi. Lokasi di Empangan Sembrong, Batu Pahat.”
- MAL LIK
“Dulu masa aku baru kenal apa tu set aksi ringan… ikan ni la aku pancing. Tapi tu dulu la… sekarang ni nak memancing masa takde. Orang ajar guna umpan kangkung… aku guna udang dengan kelapa sawit je… tak pun daun ubi.”
- SAYA HAN
“Umpan roti je. Mata kail pakai yang saiz 2. Besar mata kail untuk ngail puyu. Then letak umpan hujung-hujung mata kail. Main atas air je… sebab kaloi ni jenis sembunyi. Kalau ada makanan atas permukaan dia akan ragut.”
- SYAZWAN ASMAN
“Admin, saya penah mengail kaloi guna umpan perut ayam. Ya, umpan perut ayam… dengar macam bohong, tapi itulah hakikatnya. Kaloi 2 kg lebih berjaya didaratkan. Bila kaki pancing area tu tanya pakai umpan apa, depa gelak ja… kata saya tipu. Lokasi Sungai Muda, Jeniang.”
- MHD MUAZAM SHAH
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.