Ikan yang selalu dicemuh. Hanya disebabkan sifat makannya yang memakan kotoran dan boleh ditemui di perairan yang kotor, maka ia dipandang seperti tiada nilai. Atas alasan yang sama juga, ada pemancing bukan sahaja berasa geli untuk memakannya, nak memancingnya pun tak sudi.
Justeru itu jarang sekali ada pemancing yang mahu bergambar dengan ikan belukang seumpama bergambar dengan ikan tenggiri.
Sebelum kita berbicara lebih lanjut berkenaan ikan yang turut dianggap ikan pengacau umpan, admin nak paparkan dulu apa komen netizen perihal belukang aka pedukang ini.
“Aku mula-mula datang Johor pergi pasar terbeli ikan ni la. Ingatkan baung, pelik jugak apasal murah bebenor. Kalau kat Terengganu, ikan baung memang tak dapat harga ni. Seekor bapak besar RM5 je. Dalam 2kg kot. Balik masak asam pedas… sedap wei! Lepas tu bila dah lama kawan dengan orang Johor baru tau apasal ikan ni murah. Hahaha…”
- MOHD AB RAHMAN
“Ikan belukang ada guna… aku pancing guna umpan siput babi. Kejap je dia sambar. Lepas tu ikan belukang ni potong daging dia ketul-ketul letak dalam bubu ketam. Ketam suka makan daging ikan belukang. Sekali ketam masuk bubu memang banyak la, besar-besar pulak tu.”
- MAFFUS DIS SITTUS
“Ayah saya pernah cerita masa dia bujang dulu. Pergi memancing dapat ikan ni besar-besar betis punya saiz. Punya la seronok dengan kawan-kawan. Balik rumah nak buat asam pedas, sekali bila belah perut siap ada cili jagung bagai (najis orang). Masing-masing lari nak muntah. Sejak tu sampai sekarang dia dah tak makan spesies-spesies berjanggut ni.”
- AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Pertama kali memancing dekat-dekat muara time air pasang. Naik ler dia… dapat 3 ekor, bawak balik. Akak masak singgang… sedap jugak rasa dia. Haha… aku tak nampak pun apa masalah dengan ikan belukang ni.”
- CHE ROMZI CHE SOH
“Zaman kecik-kecik dulu kalau dapat ikan bedukang ni terus cari selipar buruk. Selipar buruk tu kemudian buat cucuk kat duri atas belakang dia… lepas tu lepas la semula. Haha… nampak selipar tu bergerak atas air sebab ikan tak boleh nak tenggelamkannya. Tapi jangan la kecam…. biasa la zaman kecik-kecik siapa yang tak nakal.”
- MZBR VAZO
“Jarang dapat ikan ni kat market. Suatu hari nanti akan timbul juga sebab kekurangan ikan. Sekarang pun ikan yang dulu orang jarang makan pun dah ada kat market. Yang aku ingat pasal ikan ni satu je… ikan ni kalau kena mata kail duk bunyi macam orang sendawa. Hahaha.”
- HIZAM AD ALI
“Belukang la ikan pertama yang sambar gewang aku. Sampai la ni aku punya gewang tak penah ikan lain sambar. Aku tak pandai main gewang atau aku tak sabar baling gewang. Hahaha.”
- RIDZUAN ZAHIDI
“Pernah dapat besar betis orang dewasa… sampai patah-patah pancing aku dikerjakannya. Rezeki tu… sedap dibuat sup!!! Kalau nak cakap pasal kotor, ayam kampung pun makan kotor juga tapi tetap sedap bila dibuat lauk.”
- FIRDAUS BAHAROM
“Aku suka time strike… semacam dia tarik ikan ni. Kalau saiz 2kilo atas… rod cium air dia punya lengkung.”
- FIKRI AZIZ
“Kalau di Sabah ni kompom catch & release. Tapi kalau pertandingan open stage muara pantai, jadi hadiah ni biarpun dihina.”
- MOHD HAFIFI MUHAMAD
“Pernah makan ikan ni di restoran Cina Muslim Shahrin Low di Bangi. Sedap yang teramat sehinggakan dok tanya kat tukang masak ikan apa.”
- ANUAR NAZERI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.