Anxiety menyerang tanpa mengira masa dan ketika.
Malah, gejala Anxiety semasa memandu merupakan pengalaman yang boleh dialami oleh sesiapa dan ia boleh menjeiaskan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Gejala tersebut antara lainnya adalah perasaan gugup, panik dan takut serta jantung berdegup dengan pantas.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pemandu yang terpaksa menghentikan kereta dipandunya di tengah jalan, gara-gara diserang rasa cemas melampau atau ‘anxiety attack’.
Menerusi perkongsian di Twitter Dr. Kamarul Ariffin, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tahap anxiety anda:
- Persiapkan laluan anda
Jika anda cemas tentang tersesat atau menghadapi situasi kesesakan lalu lintas, cuba persiapkan laluan anda dengan terlebih dahulu atau gunakan GPS untuk memandu. Isi minyak siap-siap sebelum perjalanan.
Elakkan memandu dalam keadaan emosi meluap-luap: terlalu marah, terlalu sedih, terlalu runsing, dan sebagainya. Tunggu sehingga emosi reda sebelum memulakan memandu, atau berhenti di tempat selamat untuk bertenang jika sedang memandu.
2. Lakukan senaman pernafasan dalam (deep breathing exercise)
Ambil nafas yang perlahan dan dalam, tahan 5 saat, kemudian melepaskannya dengan perlahan. Senaman ini dapat membantu menenangkan dan mengurangkan rasa cemas.
3. Lakukan senaman kesedaran(mindfulness)
Namakan tiga benda yang anda lihat, tiga benda yang anda dengar, serta tiga anggota badan anda yang anda boleh sentuh. In untuk buatkan anda kembali ke realiti dan tidak berfikir terlalu jauh.
Elakkan membayangkan perjalanan anda akan penuh dengan kesukaran dan cabaran. Elakkan juga fikir tentang pengalaman buruk yang sebelum ini. Tumpukan fikiran pada pemanduan pada waktu semasa (current moment).
4. Hindari gangguan semasa memandu
Jangan lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda semasa memandu, seperti makan, menaip teks, berfikir tentang kerja yang tertangguh, kerja-kerja yang perlu disiapkan di rumah, dan sebagainya.
5. Beri kata-kata perangsang pada diri sendiri
Cuba yakinkan diri anda bahawa anda mampu memandu dengan selamat, dan anda pernah berjaya memandu sebelum ini. Beritahu diri anda “saya boleh memandu ke destinasi dengan selamat”.
Fahami bahawa hon adalah cara pemandu komunikasi. Jika anda dihon, tidak semestinya anda berbuat silap atau dimarahi. Ia mungkin sekadar untuk beritahu “saya nak tumpang lalu” atau “hati-hati, ada bahaya”.
Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. Fokus untuk memandu dengan tenang dan beretika. Beri isyarat untuk membelok atau tukar laluan, bertimbang rasa kepada pemandu lain dan tidak melayan provokasi.
6. Dapatkan bantuan profesional
Jika anxiety anda semasa memandu teruk atau berterusan walaupun telah mencuba strategi-strategi ini. pertimbangkan untuk mencari bantuan doktor, kaunselor, atau psikologis.
Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.
SUMBER: Twitter @dr_chaku& Pexels CottonBro Studio, Andrew Neel
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound – Maskulin
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.