Ramai Yang Tak Tahu Perbezaan Ikan Ketarap Dan Bayan

 

Saya percaya masih ramai yang keliru dengan identiti ikan bayan dan ketarap. Ramai yang menyangka bahawa ikan ketarap adalah ikan bayan. Hakikat yang sebenar ikan ketarap BUKAN Ikan bayan… ikan bayan BUKAN ikan ketarap.

 

Spesies ketarap (tuskfish / C. schoenleinii) dari famili Labridae, TIDAK sama dengan spesies bayan yang mana ia adalah dari famili Scaridae. Lain keluarga dan lain karakteristik.

 

 

Ketarap (Tuskfish)

 

Pelbagai spesies tuskfish yang ada di dunia ni seperti blue tuskfish, venus, harlequin, grass, serta blackspot tuskfish. Namun kebanyakan yang ditangkap di perairan negara kita adalah dari spesies blackspot tuskfish. ia boleh mencapai saiz 100 cm panjang dan direkodkan mencapai berat 15.5 kg!

 

Ikan ketarap mempunyai struktur gigi yang agak pelik dan berceranggah bagi membolehkannya memakan makanan yang keras dan bercengkerang seperti ketam. Maka tidak hairanlah ia kerap dipancing dengan teknik pancingan dasar menggunakan umpan ketam atau udang.

 

ketarap

 

Kadangkala boleh juga diperoleh jika menggunakan sotong. Set pancingan harus kuat bagi tidak memberi peluang pada larian pertama yang menuju ke karang dan menyebabkan pemancing berputih mata.

 

Namun kini ia boleh dipancing menggunakan kaedah jigging biarpun peratusan tangkapannya adalah rendah. Terkini… ia lebih kerap diperoleh dengan teknik ‘jigdang’ iaitu jigging berumpan udang.

 

bayan

 

Berbeza dengan pancingan dasar yang bersauh, teknik ‘jigdang’ ini bot perlu berhanyut bagi mencari lubuk ketarap dan menggayakan seakan slow jig. dengan set pancingan yang lebih ringan pasti pemancing dapat merasai debaran apabila melawan spesies ini tatkala larian pertamanya dirasai semasa joran berada di tangan.

 

Teknik ini masih boleh dikategorikan sebagai ‘sportfishing’ kerana ia tetap pancingan yang memerlukan daya sensitiviti dan teknik-teknik tertentu. Malah penggunaan jig yang berkilat itu sendiri menambahkan daya tarikan.

 

Bayan (Parrotfish / Wrasse)

 

 

Spesies yang cantik ini mendiami kawasan karang tinggi yang merupakan antara pemandangan yang menarik bagi peminat skuba atau snorkling. Ikan bayan mempunyai gigi yang seakan paruh burung.

 

Dinamakan ikan bayan adalah kerana ia cantik seperti burung bayan. Pelbagai spesies yang wujud di dunia. Mempunyai saiz yang tidak terlalu besar. Ada sesetengah negara seperti Australia melarang penangkapan ikan ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply