Hidupan Marin Paling Berbisa Dalam Kelasnya

 

Depu (Stonefish / Scorpionfish)

 

Ikan depu merupakan spesies beracun daripada keluarga Synancelidae. Ikan depu adalah penyerang hendap yang cekap di dasar laut kerana kebolehannya menyamar seakan-akan warna terumbu karang dan menggali lubang untuk bersembunyi di sebalik pasir dan lumpur bagi menyukarkan mangsa mengesan kehadirannya.

Ukuran ikan depu dewasa kira-kira 30cm panjang dan hidup di kawasan perairan laut dalam dan gelap. Walau bagaimanapun terdapat spesies ikan depu yang boleh beradaptasi dan hidup di air tawar untuk mencari makanan.

Habitat: Terumbu karang, kawasan berpasir dan dasar sungai yang berlumpur.

Diet: Ikan-ikan kecil, haiwan krustasia dan moluska.

 

 

Ular Laut (Sea Snake)

 

Ular laut merupakan keluarga Hydrophiidae yang dikategorikan antara haiwan marin yang berbisa dan berbahaya. Sifat ular laut hampir sama seperti ular yang mendiami kawasan darat, namun berbeza dari segi bentuk ekornya. Ular laut mempunyai bentuk ekor yang pipih seperti bentuk dayung yang berfungsi untuk membantu ular berenang di laut.

Ukuran badan ular laut ialah antara 1.3 hingga 3 meter panjang mengikut spesies. Kebiasannya, ulat laut akan bertukar kulit dalam tempoh masa 2 hingga 6 minggu sebelum menjadi ular dewasa. Ular laut bersifat aktif pada waktu malam, manakala pasif pada waktu siang dan akan bersifat agresif apabila merasa terancam dan ketika memburu mangsanya.

Habitat: Muara sungai, kawasan terumbu karang, celah-celah batu dan akar pokok tumbuhan laut.

Diet: Ikan, belut laut, dan haiwan krustasia seperti ketam dan udang.

 

 

Tapak Sulaiman Mahkota Berduri (Crown-of-thorns Starfish)

 

Tapak Sulaiman Mahkota Berduri tergolong dalam keluarga Acanthasteridae. Saiz Tapak Sulaiman Mahkota Berduri dewasa adalah berukuran lebih daripada 35cm panjang. Sifatnya berbeza berbanding dengan tapak sulaiman yang lain hanya mempunyai 5 kaki.

Duri yang panjang membuatkan spesies tapak sulaiman ini dilihat seperti sebuah mahkota. Ia adalah haiwan bersifat `poikilothermic’ iaitu suhu badannya bergantung pada suhu persekitarannya.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply