Sejak dari kecil memancing ikan puyu ini, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran untuk membezakan jantina ikan ini. Apa yang selalu difikir ialah bagaimana hendak memancingnya dan apa yang hendak dibuat apabila sudah memperolehinya.
Bagi tidak menghampakan beberapa soalan dari follower Umpan yang bertanyakan perbezaan spesies ini, berikut dikumpulkan beberapa penjelasan bagi membezakan puyu jantan dan puyu betina. Ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang.
puyu jantan
Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.
Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.
puyu betina
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.
Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.
Dan apabila ikan jantan diurut pada bahagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan cairan berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.
Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan
Bentuk badannya ramping dan panjang
Warna badan agak cerah
Sirip ekornya lebih panjang
Bahagian bawah perut rata
Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu
Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina
Bentuk badannya gemuk dan lebar
Warna badan agak gelap
Sirip ekornya lebih pendek
Bahagian bawah perut agak melengkung
Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur
Alat kelamin berwarna kemerahan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.