Ketahui Level `Mabuk Laut’ Korang

 

Ramai pemancing yang beranggapan jika tidak muntah maka mereka tidak mabuk laut. Namun mereka lupa bahawa muntah itu adalah bahagian mabuk laut yang paling berat. Mabuk laut ini banyak peringkat atau tahap dan muntah itu berada pada tahap yang paling berat. Mari kita tinjau peringkat atau tahap yang ada dalam mabuk laut.

 

Level Mikro

 

Mabuk laut mikro adalah jenis mabuk yang paling rendah dalam kategori mabuk laut. Semua pemancing akan merasai mabuk jenis ini walaupun sudah bergelar otai laut dalam. Namun ia sama sekali tidak menjejaskan aktiviti memancing dan tidak memperlihatkan sebarang tanda. Ia sekadar pening kepala tahap ringan dan hanya mereka yang mengalaminya saja dapat merasainya.

 

 

Level Medium Light

 

Mabuk medium light ini adalah mabuk kategori ringan yang mana akan merasai sakit kepala yang tidak berterusan. Ia tidak menjejaskan aktiviti memancing dan boleh mengambil makanan atau merokok seperti biasa. Pada kemuncak rasa mabuk light ini mereka yang merasai akan berehat seketika untuk meredakan sakit kepala.

 

 

Mabuk Light

 

Pemancing yang mengalami mabuk light ini mula memperlihatkan tanda setelah sesi memancing berlangsung hampir separuh hari. Mereka biasanya tidak akan mengambil makanan dan akan tidur apabila tahap mabuk berada di kemuncak dan akan berakhir dengan muntah. Pada tahap ini aktiviti memancing ditamatkan dan menghabiskan masa dengan berehat atau tidur.

 

 

Mabuk Heavy

 

Mereka yang berhadapan dengan mabuk tahap berat ini lazimnya hanya sempat memancing untuk tempoh yang amat singkat. Malah ada yang tidak sempat menyentuh pancing langsung. Masa panjang yang berbaki dihabiskan dengan tidur dan muntah bersilih ganti. Apa saja bentuk makanan tidak mampu untuk dimakan.

 

 

Mabuk Heavy Teruk

 

Pemancing yang pada tahap mabuk heavy teruklangsung menyentuh barang pancing. Malah ketika bot gerak menuju ke lokasi memancing sekali pun sudah berwajah hijau. Lazimnya sejurus saja berhenti, merekalah yang terlebih dahulu muntah sebelum umpan dilabuhkan. Apa saja aktiviti tidak dapat dilakukan selain muntah sehingga tidak ada yang hendak dimuntahkan lagi. Tahap paling kritikal mereka ini berkemungkinan akan pengsan.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply