Kos trip memancing hari ini semakin melambung. Lebih-lebih lagi trip memancing yang memakan masa panjang dan kedudukan padang pancing pula beratus batu jauhnya. Untuk melangsungkan trip seorang diri, sudah tentulah tidak semua pemancing yang mampu. Jadi, untuk menampungkan kos trip, ia perlulah dilangsungkan secara beramai-ramai.
Apabila hari kejadian tiba, tahu-tahu ada ada rakan (ahli trip) yang menarik diri. Tidak kiralah sama ada beritahu lebih awal atau lebih parah lagi tidak beritahu langsung. Dan pemancing yang bersikap sebegini sebenarnya bukan sedikit.
Di sini, kami kumpulkan jawapan dan penyelesaian para netizen (pemancing) bagi berhadapan dengan manusia-manusia yang suka kansel trip suka-suka hati mereka saja.
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
- MOHD FAIZAL MOIN
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk!”
- SAIPUL BAHARI
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
- JAIH ZARAKI
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti.”
- WESLLEY MELINA
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah.…”
- NAZRI RAHIM
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
- MOHD AFIZ MUSTAPA
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”
- WI ZU RAI
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
- AZMAN APOT
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
- PAK TAM
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna!”
- DANISH BANGKOK
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni?”
- JAS KIDDIN
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul!”
- FAUZAN YAACOB
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
- RAHMAT ISMAIL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.