Petua Atasi `Mabuk Laut’ Yang Kelaut!

 

Mungkin disebabkan tiada ubat yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah maka muncullah pelbagai petua bagi mengatasinya. Oleh kerana ia cuma petua, bukannya penawar maka tiada siapa yang dapat mengesahkan keberkesanannya.

 

Jadi, admin nak anda semua berbincang tentang logik disebalik petua-petua yang entah dari mana asal usulnya ini.

 

Minum Air Laut

Minum beberapa teguk air laut atau mandi laut. Memang tak nampak di mana logiknya kalau minum air laut. Tapi kalau mandi laut tu mungkin juga sebab kalau lakukan aktiviti menyeronokkan, secara tidak langsung hilang segala masalah termasuklah mabuk laut.

 

 

Selit Lada Hitam Dalam Pusat

Letak beberapa biji lada hitam di dalam lubang pusat dan tutup dengan plaster atau apa-apa saja pelekat. Mungkin lada hitam tersebut bertindak menyerap atau menyedut keluar angin yang terkumpul di dalam melalui pusat. Agaknya la…

 

 

Tampal Koyok Pada Pusat

Tampal koyok yang biasa digunakan untuk menghilangkan sakit kepala pada pusat. Logiknya… koyok banyak diguna pakai untuk meredakan sakit kepala atau anggota badan lainnya. Jadi, ia mungkin dapat membantu meredakan pening akibat mabuk laut.

 

 

Makan Pisang Kelat

Makan sebiji dua pisang mentah yang kelat rasanya. Mungkin ada kesannya kerana itulah pisang disebut dalam pantun yang melibatkan pelayaran. Tapi kalau anda percaya pada pantang larang membawa pisang ketika memancing di laut, susahlah nak makan pisang jawabnya.

 

 

Makan Kulit Limau

Hidu buah limau nipis dan makan sedikit kulitnya. Memang ada logiknya kerana sudah terbukti buah limau nipis sering dibawa dalam pelayaran. Sifat rasanya yang masam dan baunya yang segar mampu menghilangkan rasa mual dan loya.

 

 

Selit Kangkung Pada Badan

Selitkan sayur kangkung pada pinggang atau di dalam poket pakaian. Admin rasa ini lebih kepada lawak jenaka kerana langsung tidak nampak apa kesannya dengan cara menyelit kangkung pada badan. Apa kuasa yang ada pada kangkung?

 

 

Minum Air Bergas

Minum air berkarbonat yang dicampurkan perahan limau nipis. Memang ada logiknya. Malah admin sokong seratus peratus. Kalau takde limau nipis, boleh campur asam boi. Kena pulak aiskerim soda campur asam boi… kemudian simpan dalam tong ais. Perghhhh… minum waktu panas terik. Nyaman betul.

 

 

Gigit Cengkih

Gigit batang cengkih. Mungkin ada kebenarannya juga kerana cengkih adalah rempah ratus yang bersifat pedas dan panas. Lagipun tak susah nak simpan cengkih atas bot. Selit dalam poket seluar pun boleh. Bila rasa nak mabuk tu datang, bolehlah dicuba petua ini.

 

 

Tampal Halia Bara

Tumbuk halia bara, kemudian sapu pada perut dan pusat. Nampak macam berkesan tapi tak sanggup pulak admin nak bayangkan rasa pijor atau kepanasan kulit perut dan pusat bila ditampal dengan halia bara.

 

 

Kunyah Keledek Mentah

Makan keledek mentah. Bukannya keledek goreng atau rebus. Mungkin berkesan. Cuma ada pendapat mengatakan ubi ini boleh menyebabkan angin. Bukannya mengeluarkan angin. Takut nanti ia menyebabkan angin berkumpul dalam badan susah untuk dikeluarkan. Lagi susah angin keluar maka lagi cepat kejadian mabuk berlaku.

 

 

Makan Madu

Makan 3 sudu madu yang dicampurkan secubit garam. Rasanya semua orang tau bahawa madu merupakan penawar segala jenis penyakit. Mabuk laut pun satu jenis penyakit jugak. Kalau tak cuba tak tau… lepas ni bolehlah cuba bawak madu ke laut.

 

 

 Guna Daun Gugur

Tangkap daun yang gugur tanpa mencecah tanah dan kemudiannya selitkan pada pinggang atau simpan di dalam poket pakaian. Admin rasa petua ni langsung takde logik. Kalau bawa daun ketum mungkin la kot.

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply