Ini Sebabnya Punca BFT Diancam Kepupusan

 

Bluefin tuna (BFT) terbahagi kepada dua spesies. Ikan Pasific bluefin tuna atau tuna biru Pasifik (Thunnus orientalis) adalah spesies ikan tuna yang ditemui secara meluas di Lautan Pasifik utara, tetapi ia adalah spesies migrasi dan juga direkodkan sebagai pelawat di selatan Pasifik.

 

Pada masa lalu, ia sering dikelirukan dan kerapkali dimasukkan ke dalam spesies T. thynnus, spesies gabungan yang kemudian dikenali sebagai northern bluefin tuna (hanya apabila dilakukan pemecahan spesies, T. thynnus dipanggil sebagai Atlantic bluefin tuna).

 

 

Bagi negara yang terkenal dengan spesies Pacific bluefin tuna, sering melabel ikan ini sebagai ‘the forgotten bluefin’. Walaupun spesies ikan berkedudukan teratas dalam piramid makanan lautan yang mampu membesar sehingga angka 550 kg (1200 lb), spesies ini sering diabaikan dalam banyak tindakan konservasi sebagai spesies tumpuan walaupun angka populasi spesies ini kian menurun.

 

 

Bukan sahaja terdedah kepada ancaman tangkapan berlebihan (overfishing) malah tuna sirip biru turut menjadi buruan bagi pecinta makanan berasaskan laut. Bluefin tuna biasanya ditangkap secara meluas oleh nelayan Mexico, Jepun dan Korea untuk pasaran di negara Jepun. Seekor tuna sirip biru mampu dijual dengan harga ribuan dollar untuk dijadikan sebagai hidangan sushi yang mahal.

 

Kelemahan soal pengurusan

 

Walaupun sektor perikanan Pasifik diperkasakan saban tahun, pihak pengurusan masih lagi gagal dalam mengguna pakai atau memperkenalkan satu sistem had tangkapan berteraskan saintifik bagi mengawal masalah tangkapan berlebihan.

 

 

Lautan Atlantik telah menunjukkan contoh terbaik kepada lautan Pasifik bahawa pendekatan saintifik merupakan langkah yang sangat penting dalam melestarikan populasi ikan bluefin tuna. Data terkumpul menunjukkan tindakan dan langkah yang drastik perlu diambil bagi masa depan tuna sirip biru Pasifik.

 

Kitaran hidup trans-Pasifik

Ikan tuna sirip biru Pasifik merupakan spesies ikan migrasi yang berenang beribu-ribu batu merentasi lautan. Walaupun merentasi jarak yang panjang dan luas, ikan tuna sirip biru Pasifik yang matang hanya membiak di dua buah tempat yang dikenal pasti di luar pantai Jepun.

 

 

Majoriti ikan ini menghabiskan hayatnya di bahagian barat pasifik manakala sebahagian pula apabila mencecah usia 1-2 tahun akan memulakan perjalanan 11 100 km (6000 batu) merentasi lautan pasifik menuju ke perairan yang kaya dengan makanan di california dan semenanjung baja di mexico. Selepas 2-4 tahun di timur Pasifik, ikan ini akan kembali ke barat Pasifik.

 

Kesan industri perikanan

 

Penangkapan jumlah ikan tuna sirip biru telah menjadi 2 kali ganda sejak 20 tahun yang lepas. Nelayan biasanya menangkap tuna apabila mereka dekat dengan pantai di mana spesies juvenil tuna sirip biru berkumpul sebelum dewasa.

 

 

Berpandukan jurnal perikanan pada tahun 2010, dianggarkan 90% ikan tuna sirip biru pasifik yang ditangkap belum mencapai tempoh matang atau dewasa. Ini menunjukkan tindakan yang membahayakan masa depan spesies ini. Penangkapan induk yang terlalu besar juga menjurus kepada potensi ketiadaan baka yang baik.

 

Solusi untuk masa depan

 

Global tuna conservation telah mencadangkan beberapa solusi yang diharap mampu memberikan ruang untuk masa depan bagi spesies tuna sirip biru Pasifik.

 

 

Antaranya termasuklah:

 

Kemas kini stok ikan

Kemas kini penilaian stok ikan di mana lebih telus dan keputusan boleh diakses oleh umum.

 

 

Hadkan tangkapan

Melakukan gerak kerja yang lebih jelas dalam perangkaan tangkapan nelayan di barat pasifik.

 

Atasi masalah tangkapan berlebihan

Mengambil dan memperkenalkan langkah saintifik dalam had tangkapan tuna sirip biru Pasifik yang boleh ditangkap setahun.

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply