Ikan Yang Perlu Elak Oleh Penghidap Ekzema

 

Penderita ekzema selalunya mempunyai KECENDERUNGAN GENETIK.. 3 penyakit yang dikaitkan dengan 3 penyakit keluarga dinamakan ATOPI:

 

1) Ekzema

2) Resdung

3) Asma

 

Ekzema merupakan PENYAKIT KECELARUAN IMUNITI BADAN yang berpunca daripada perut yang tidak sihat.

 

Ia menjadikan antibodi badan kacau bilau dan menyebabkannya menyerang badan sendiri.

 

Dalam genetik kita memang sudah ada kecenderungan alahan tetapi sama ada timbul atau tidak bergantung kepada faktor STRESS yang mengganggu FITRAH badan.

 

 

Akibat perut rosak, BADAN JADI SENSITIF. Salah satu kesannya ialah, BAHAN yang sebabkan saraf senstif  iaitu HISTAMIN jadi banyak pada kulit. Maka terjadilah Ekzema. Gegata juga penyakit histamin jadi tinggi pada kulit.

 

Masalah ini banyak berpusat di perut. Di dalam kes alahan, “PENAWAR” kepada sensitif histamin ini terletak di sistem pencernaan. Kita juga boleh ambil suplemen yang boleh meningkatkan penawar ini antaranya ialah vitamin C seperti Redoxamin formulasi bahan makanan untuk meningkatkan enzim penawar penyakit sensitif ini.

 

Pantang juga makanan yang merosakkan perut dan usus kerana ini akan meningkatkan histamin dan mengurangkan penawar sensitif badan…

 

 

Ada apa dengan ikan?

 

Apa yang penting sangat, sampai nak makan ikan pun kena memilih kalau ada ekzema? Ikan ini memanglah berkhasiat dan salah satu menu yang semua orang tak akan tinggal. Tapi ada sesetengah jenis yang kita perlu elakkan sementara, basically orang yang ada ekzema .

 

Ikan yang perlu elak dari dimakan adalah seperti :

 

 

IKAN KEMBONG

IKAN TONGKOL

IKAN CENCARU

IKAN BAWAL (HITAM/EMAS)

IKAN PARI

 

Ikan-ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin tinggi dan berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh bakteria yang ada pada ikan tersebut. Sebab tu makanan tinggi histamin ini berpotensi menyebabkan sensitif dan keradangan bagi yang alah.

 

 

Senang kata ikan isi hitam elakkan dan juga ikan ternakan sangkar macam ikan siakap sekarang ni banyak yang dibela.

 

Sebagai penyelesaiannya, cari ikan yang isi putih macam ikan merah, ikan selar, ikan jenahak atau ikan kerisi.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply