Peacock bass (PB) tergolong dalam famili Cichlidae (satu keluarga dengan tilapia) yang berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan (Venezuela dan sistem sungai Amazon).
Penggunaan nama peacock bass (ikan merak) unnuk spesies ini kerana kewujudan `mata’ pada ekornya yang menyerupai cork bulu burung merak walau bagaimana pun ramai pemancing kita memanggilnya ikan raja bersamaan dengan panggilan masyarakat Cina iaitu `wong tai yee’ bermaksud `emperor fish’. Pada asalnya spesies ini diimport ke Malaysia sebagai ikan hiasan.
Sekurang-kurangnya terdapat 15 spesies peacock bass iaitu Cichla monoculas, Cichla ocellaris, Cichla orinocencis, Cichla intermedia, Cichla temensis dan satu lagi spesies yang belum bernama saintifik dikenali blue atau grey barred.
Dua spesies yang memasuki Malaysia ialah Cichla monoculas, peacock bass paling kecil dan biasa dijumpai dan Cichla temensis atau dikenali Grande peacock bass, spesies paling besar.
Peacock bass biasa (C. Monoculas) boleh membesar sehingga 5kg manakala grande peacock bass (C. Temensis) boleh membesar sehingga 15kg. Rekod dunia IGFA (International World Game Fishing) untuk peacock bass ialah grande peacock bass seberat 27lb.
Peacock bass mampu membiak dengan subur di perairan air tawar kita. C. monoculas matang dalam umur setahun dengan panjang 12 ke 13inci. Selepas itu pasangan tersebut akan membiak dua kali setahun.
Peacock bass mengempas telurnya pada substrat yang keras di air cetek. Teluar akan menetas dalam masa empat hari dan induknya akan menjaga anak sehingga sebesar 3inci panjang. Hanya ikan sebegini mampu mengatasi tekanan penangkapan dan menjadi ikan sasaran pemancing pada kos yang sangat minimum.
Cara yang paling tepat untuk menentukan jantina peacock bass ialah dengan cara pemeriksaan gonad. Namun begitu sewaktu mengawan, bahagian kepala induk jantan akan membengkak dan saiznya lebih besar dari induk betina.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.