Gejala mabuk laut bukanlah sesuatu yang indah untuk dihadapi apatah lagi dikenang. Namun korang masih boleh mengatasi gejala ini dengan melakukan persiapan awal seperti berikut.
Sebelum menyertai sesuatu trip memancing, pastikan diri anda mendapat tidur yang cukup. Jika tidak dapat 8 jam sekadar 4-5 jam sudah memadai.
Jangan lupa makan terlebih dahulu, tapi jangan sampai terlalu kenyang. Jangan makan makanan yang mengandungi minyak yang banyak. Apabila sudah makan ianya dapat menghindarkan perut daripada dimasuki angin yang boleh menyebabkan mabuk.
Ubat-ubatan seperti minyak angin, balm, koyok, dan ubat tahan mabuk juga perlu disediakan. Makanlah ubat tahan mabuk 1/2 jam sebelum memulakan sesuatu trip.
Semasa di atas bot, badan jangan terlalu membongkok atau melihat ke bawah, ini kerana jika keadan itu berlaku ianya juga boleh membuatkan anda cepat merasa mual atau loya, cubalah melihat sesuatu yang jauh.
Cuba hindari daripada duduk berdekatan dengan bahagian enjin, kerana bau asap yang terhasil daripada enjin tersebut juga boleh membuatkan anda mabuk.
Bawalah bekal buah-buhan segar ataupun jus buah. Air bergas juga mampu membantu mengeluarkan angin dari badan.
Satu lagi tip yang mungkin dapat membantu adalah dengan cara mendengar muzik.
Jika tekak sudah mula merasa mual atau ingin muntah, sebaiknya muntahkan saja kerana ianya akan membuatkan badan anda lebih berasa selesa.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.