Modenas Ninja ZX-25R SE 2024 Tampil Dengan Kod Warna Terbaharu & Menawan!

Modenas kini memberi sentuhan segar kepada model Ninja ZX-25R SE 2024 dengan mengumumkan penambahan warna baharu iaitu Metallic Phantom X Silver Ebony atau Stormcloud Blue.

Warna baru ini mengekalkan daya tarikan yang unik dan memukau, dan ia merupakan pilihan yang menarik bagi peminat motosikal yang ingin menonjol dengan gaya yang berbeza.

Warna Stormcloud Blue ini menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony yang sebelum ini dihentikan jualannya. Namun, penggemar warna Lime Green/Ebony masih boleh terus menikmati pilihan tersebut.

Kredit Foto: Kawasaki

Keistimewaan warna baharu ini adalah perkongsian kod warna yang sama seperti di pasaran Jepun. Ini membuktikan populariti dan penerimaan yang luas terhadap pilihan warna ini, tidak hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Secara teknikal, Ninja ZX-25R SE 2024 ini tidak mengalami perubahan dari segi spesifikasi. Kuasa yang diperoleh dari enjin empat silinder sebaris 249.8 cc  ini masih sebanyak 51 hp dan tork sebanyak 22.9 Nm.

Pengalaman pemanduan yang memuaskan dapat dirasai dengan transmisi enam nisbah kelajuan, yang dipadankan dengan ciri klac assist/slipper untuk meningkatkan kecekapan brek dan prestasi keseluruhan.

Kredit Foto: Kawasaki

Bagi peminat motosikal yang telah lama menantikan penambahan warna baru, ini adalah berita baik kerana harga model ini kekal tidak berubah, bermula dari RM33,900.

Ini menjadikan Ninja ZX-25R SE 2024 tetap menjadi pilihan yang menarik dari segi prestasi dan nilai.

Jadi, buat peminat Ninja dan peminat motosikal keseluruhannya, sekarang adalah masanya untuk mempertimbangkan pilihan warna baharu ini yang pasti akan menambahkan lagi kepelbagaian dan gaya kepada pengalaman pemanduan anda.

Baca: Kawasaki Perkenalkan Ninja e-1 dan Z e-1, Elektrifikasi Motosikal Bagi Meningkatkan Pengalaman Pemanduan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply