Kenali Persamaan & Perbezaan Ikan Belida

 

Terdapat 3 spesies ikan knifefish atau belida yang popular di negara kita. Belida sungai, belida bintik dan selat. Ia tidak mengelirukan jika menemui ketiga-tiga spesies ini dalam spesimen dewasa. Namun jika menemuinya dalam bentuk juvenil, pasti ia mengelirukan.

 

 

Tidaklah sukar untuk membezakan belida bintik kerana profil bintik hitam bulat pada badannya. Namun, ikan selat yang merupakan spesies terkecil dalam keluarga belida ini sedikit mengelirukan dan ramai yang menyangka ia adalah belida sungai juvenil.

 

 

Mari kita lihat profil dan taksonomi ketiga-tiga spesies dalam famili Notopteridae tetapi berbeza genus.

 

Belida Sungai

 

Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis. Ia dikenali pasti sebagai ikan asal negara kita yang boleh ditemui di sungai dan tasik utama.

 

 

Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Osteoglossiformes

Family: Notopteridae

Genus: Chitala

Species: C. lopis

Binomial name: Chitala lopis (Bleeker, 1851)

 

 

Belida bintik

Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.

 

Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback. Ia dipercayai bukanlah ikan asal negara kita sebaliknya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur.

 

 

Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Osteoglossiformes

Family: Notopteridae

Genus: Notopterus

Species: N. chitala

Binomial name: Notopterus chitala ( J. E. Gray, 1831)

 

 

Belida selat (selat)

Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Nama binomial ikan selat pula ialah Notopterus notopterus.

 

Spesies belida terkecil dalam famil Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.

 

 

Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Osteoglossiformes

Family: Notopteridae

Genus: Notopterus (Lacépède, 1800)

Species: N. notopterus

Binomial name: Notopterus notopterus (Pallas, 1769)

 

 

Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies ini boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini. Begitu pun, kesemua spesies ini datang daripada keluarga yang sama iaitu Notopteridae.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply