Trivia Menggerunkan Spesies Ikan Gigi Terpaling Tajam

 

Ikan pirana atau piranha ialah sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal berkumpulan terutamanya di sungai-sungai Amerika Selatan.

 

Ikan ini mempunyai banyak gigi yang sangat tajam digunakan untuk memakan mangsa. ia juga mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti ikan jerung dan menggemari darah.

 

 

Ikan pirana disebut sebagai `Ikan Pirana’. Bunyi huruf H itu tidak kedengaran. Dan banyak lagi fakta menarik berkaitan ikan pirana ini.

 

Semua ikan pirana hidup di sungai air tawar tropika, tasik, dan laguna di bahagian utara Amerika Selatan.

 

 

Terdapat antara 30-60 spesies pirana.

 

Gigi ikan pirana berbentuk segi tiga dan sangat tajam mengalahkan gigi ikan jerung.

 

 

Hanya 3 spesies pirana dianggap berbahaya kepada manusia:

  1. Piranha hitam
  2. Piranha perut merah (purata berukuran 13 inci dan 3 paun)
  3. Sao Francisco Piranha (terbesar pada 24 inci dan 13 paun)

 

Tidak ada serangan maut pada manusia kerana pirana hanya menggigit jari, jari kaki dan bahagian kaki dan punggung.

 

 

Ikan pirana hidup 10-25 tahun.

 

Shoals (kumpulan) sehingga 1000 pirana kekal bersama untuk bertahan, tidak semestinya untuk memburu.

 

Kebanyakan Pirana adalah omnivora yang makan daging (scavenge terutamanya), bijian dan buah-buahan.

 

 

Pemangsa termasuk caimans (buaya kecil), memerangsungai, ikan besar, dan burung-burung (burung besar).

 

Apabila pirana menyerang haiwan besar, mereka makan daging dan otot dalam beberapa saat, dan hanya meninggalkan tulang kerangka.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply