Senarai Tangkapan Hebat Oleh Pemancing Mantap

 

Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.

 

Rekod dunia tangkapan dorado (belitong) dibuat oleh Manuel Salazar pada tahun 1976. Beliau mengungguli dorado raksasa dengan berat 86lb dari Teluk Papagayo di Costa Rica. Metode yang digunakan dalam catatan ini teknik trolling, dengan menggunakan skirt tundaan.

 

 

Selepas 15 minit bertarung, James M. Hussy berjaya mendaratkan seekor bluefish (ikan biru) seberat 31lb 12oz di perairan Hatteras Inlet di North Carolina, US.

 

Swordfish (ikan todak atau pedang) terbesar yang ditangkap dan tercatat memiliki berat 1,182lb. Louis Marron adalah pemancing yang berjaya menarik keluar swordfish raksasa dari Iquique, Chili Utara pada tahun 1953 menggunakan trolling dengan bonito sebagai umpan.

 

 

Pada 26 Oktober 1962, Brian Batchelor berjaya memancing seekor bonefish seberat 19.5lb di perairan Zululand, Afrika Selatan.

 

Pada 13 Jun 1954, Cloyce Tippet berjaya mendaratkan seekor ikan roosterfish seberat 80lb di laut Cabo Blanco, Peru. Setting peralatan yang beliau gunakan ialah kekili Penn Senator, joran fiberglass Bob Kleiser dan tali pancing Ashaway.

 

 

Selepas bertarung selama 65 minit, Richard Lane berjaya menaikkan giant black sea bass seberat 557.3lb di perairan Catalina Island, California, AS. Kejadian itu berlaku pada 7 Januari 1962.

 

Pada 19 November 2010, Hideyuki Nemoto bertarung selama 40 minit untuk menewaskan seekor greater amberjack (aji-aji gergasi) seberat 156lb 14oz di perairan Iki Island, Nagasaki, Jepun.

 

 

Berlokasikan perairan Dampier Archipelago, Australia, Wayne Brown berjaya memancing narrowbarred mackerel (tenggiri batang) seberat 80.3lb. Tarikh kejadian ialah pada 6 Ogos 2000 dengan menggunakan gewang garfish.

 

Sebesar mana aruan tasik yang pernah korang daratkan? Pada 9 Julai 1985, Petel Goulding berjaya menjinakkan cobia (aruan tasik) seberat 135.9lb! Kejadian itu berlaku di perairan Shark Bay, W.A., Australia.

 

 

Pada 14 Mac 1989, Dick Love berjaya mendaratkan cubera snapper (siakap merah) di Isla de Cano, Costa Rica seberat 51lb menggunakan umpan blue runner (sejenis ikan selar). Beliau mengambil masa 20 minit untuk menewaskan siakap merah gergasi itu.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply