Kailan merupakan sayuran yang rendah kalori dan tinggi serat, malah merupakan pilihan yang baik untuk diet yang seimbang. Sayuran ini juga menjadi pilihan masyarakat Malaysia terutamanya dek rasanya yang sedap lagi-lagi bila dimasak dengan rencah ikan masin.
Boleh buat bertambah nasi dibuatnya. Jadi memang sesuai kalau nak ditanam di halaman rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
Foto: Facebook Ratt Ratna1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
Foto: Facebook Fahmi Fahmie3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
Foto: Facebook Fahmi Fahmie5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
- Boleh siram dengan air basuhan beras
- Guna baja tahi ayam
- Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
aca Lagi Di Sini:6 Bulan Simpan Bunga Kantan Masih Kekal Segar, Ini Rahsianya
Artikel Menarik:Pokok KANTAN Subur & Lebat Berbunga, Rahsianya Pada Kulit Telur
Mesti Baca:Ini Cara Tanam Kantan Untuk Dapatkan Hasil Bunga Yang Banyak
IMPIANA: Memang berbaloi tanam pokok kailan ni di rumah. Nak makan tinggal potong je daun dari pokoknya. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Sumber: myagri.com.my & Facebook Berkebun D
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.