Ada sesetengah pemancing segan nak mengaku masih alami mabuk laut walaupun sudah lama memancing di laut. Oleh yang demikian, ada saja alasan serta dalih nak cover bila mabuk laut.
Bau Petrol Atau Diesel
Sebelum mabuk atau dapat petanda akan mabuk, mereka akan bersuara terlebih dahulu pasal bau petrol atau diesel yang lebih kuat dari biasa. Jadi, bila dah mabuk nanti bolehlah guna alasan tersebut dan pemancing lain mempercayainya bulat-bulat.
Berjangkit Dengan Member
“Aku tak mabuk tapi tak boleh tengok orang muntah…” Ayat begini sebenarnya sudah biasa kedengaran dan diguna pakai oleh ramai orang. Walaupun ketika orang lain yang muntah tu bukalah di depan matanya.
Dapat Tidur Sekejap Je
Ia merupakan alasan yang paling biasa digunakan. Cara nak cover pun rasanya sudah ramai yang tahu. Biasanya beberapa sebelum atau rasa nak mabuk tu dah mula datang, walau tanpa ditanya mereka akan bercerita jumlah jam mereka tidur pada sebelah malam.
Silap Makan Masa Breakfast
Alasan ini hanya berkesan sekiranya mereka tidak breakfast bersama ahli trip yang lain. Jadi mereka bolehlah reka makanan yang menyebabkan menyebabkan rasa mual seperti minyak terlebih dalam sambal nasi lemak atau sebagainya.
Serangan Kurang sihat Secara Tiba-Tiba
Apabila badan kurang sihat sememangnya mudah untuk mabuk laut. Dan alasan ini sering juga digunakan hanya setelah mabuk atau muntah-muntah, mereka akan berlakon sebagaimana keadaan orang yang demam.
Kumpau Jadi Punca
Jangan tak percaya kumpau juga boleh dijadikan alasan kenapa mabuk laut. Logiknya mungkin ada. Iyalah… stress akibat kumpau boleh menyebabkan sakit kepala. Bila sakit kepala maka mudahlah mabuk laut. Dan tak mustahil ramai yang akan menggunakan alasan ini bila mabuk laut.
Laut Beralun Kuat
Biasanya, orang yang menggunakan alasan alun lain macam ni menduduki spot paling hadapan di atas bot. Ia ada logiknya juga kerana bahagian depan merupakan spot paling tidak stabil. Memandangkan pemancing lain duduk di bahagian tengah atau belakang belakang tidak perasaan sangat keadaan alun.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.