Terdapat banyak spesies kerapu yang ada di seluruh dunia, tetapi untuk kali ini penulis ingin berkongsi 3 jenis kerapu yang dikatakan paling mahal dan mempunyai nilai estetika yang tinggi kepada kaki pancing.
KERAPU TIKUS
Kerapu tikus atau boleh dianggap seperti raja di kalangan keluarga kerapu atau grouper. Ini kerana ikan ini diletakkan sebagai spesies kerapu yang paling mahal di pasaran. Dengan isinya yang lebih halus, sedap dan lebih berkualiti, tak hairanlah harganya begitu tinggi di pasaran.
Habitat ikan kerapu tikus ini adalah di sekitar kawasan karang laut seperti di perairan Pantai Timur dan yang paling banyak sekali di perairan Sabah. Diet utama ikan ini adalah hirisan sotong dan ikan dan teknik yang biasa digunakan pemancing adalah teknik pancingan dasar.
Harga pasaran: RM100 ke atas per kilogram. Jika dieksport ke luar negara ia mampu mencecah harga USD40 sekilogram. Fuhhh!
KERAPU PISANG / SUNUH / BARA
Ikan kerapu pisang merupakan spesies kerapu kedua termahal yang ada di perairan Malaysia. Spesies ini mempunyai tona yang menarik pada badannya iaitu merah menyala dan terdapat bintik-bintik kecil berwarna putih, kuning atau biru pada badannya dan ekornya pula berbentuk seperti bulan sabit. Ia sering menjadikan kawasan karang sebagai habitat utamanya. Spesies ini juga sangat lazat dijadikan hidangan. Tak hairanlah harganya begitu mahal di pasaran.
Harga pasaran: RM50-RM75/kg (harga peraih) RM75-RM150/kg (harga restoran) mengikut kawasan.
KERAPU BINTIK / KARANG / BORON
Spesies kerapu ini merupakan kerapu yang paling biasa dinaikkan kaki pancing Malaysia. Sering menjadikan kawasan karang, kapal karam, kawasan berbatu sebagai habitat persembunyiannya. Lebih terkenal sebagai pemangsa hendap yang mampu memberikan tentangan kepada kaki pancing. Ikan kerapu jenis ini biasanya boleh terpedaya dengan umpan sotong atau udang hidup, hirisan sotong, ikan, dan kini ia juga boleh diperdaya dengan besi jig.
Harga pasaran: RM30-RM50/kg (harga peraih) RM50 ke atas per kg (harga restoran)
Senarai bernilai tinggi
Nama Tempatan Nama Saintifik Saiz Maksimun
Tikus / Belida Cromileptes altivelis 40cm
Pisang Plectropomus oligacanthus 65cm
Pisang / bara Plectropomus maculatus 100cm
Bara Plectropomus laevis 100cm
Chono / Sunuh Plectropomus leopardus 120cm
Ekor Bulan / conor Variola louti 80cm
Ekor Bulan / conor Variola albimarginata 40cm
Minyak / lilin Epinephelus tauvina 200cm
Kerapu merah Cephalopholis miniata 50 cm
Kerapu merah / bara Cephalopholis sonnerati 53 cm
Minyak Epinephelus malabaricus 60cm
Minyak Epinephelus chlorostigma 75cm
Minyak Epinephelus bleekeri 40cm
Minyak Epinephelus hoedtii 70cm
Minyak Epinephelus macrospilos 43cm
Minyak Epinephelus salmonoides 60cm
Bunga / Ekor Putih Epinephelus areolatus 40cm
Batik Anyperodon leucogrammiscus 52cm
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.