Pengikat kasih sayang dan penyembuh jiwa suami isteri, sesekali rebutlah peluang untuk ‘we time’ mengalunkan bacaan ayat suci al Quran. Jika rasa terlalu ‘ketat’ dengan rutin harian, jom sertai #QuranHour 2014 yang bakal berlangsung bulan Ogos ini.
Penyembuh Jiwa Suami Isteri
Dengan membawa tema Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara, gelombang Malaysia #QuranHour yang dibawakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bakal bergema lagi menjelang sambutan hari merdeka nanti.
Berpandukan Surah al Jumu’ah dan Surah Al-Hujurat tema ini dibawakan dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara dan nilai nilai murni dalam al Quran dan sunnah.
Memasuki tahun ke-10 penganjurannya Malaysia #QuranHour 2024, program berinteraksi dengan al Quran melalui baca, faham dan amal ini akan didakan serentak 30 Ogos 2024 di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dari jam 10 hingga 11 pagi.
Sama seperti sedekad yang lalu Malaysia #QuranHour akan melibatkan pelbagai organisasi daripada media, kerajaan, korporat, NGI dan institusi Pendidikan.
“Hasil penyatuan ini sejak tahun 2015 hingga kini kempen #QuranHor iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour telah mencatatkan keseluruhan 7.3 billion capai social dari 76 negara,” ujar Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF dalam sesi taklimat Malaysia #QuranHour 2024 bertempat di Studio My #QuranTime Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.
Dalam pada itu Malaysia #QuranHour 2024 akan dipancarkan secara langsung di pelbagai platform media termasuk Kashoorga, dengan RTM menjadi penyiar Utama.
Memahami tema Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara
Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara yang menjadi tema kali Malaysia #QuranHour 2024 ini membawa maksud bebas daripada perhambaan terhadap sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT semata-mata, bebas daripada kesempitan unia kepada keluasannya, bebas daripada kezaliman kepada keadilan Islam.
Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya akan tetap mampu mencapai kemakmuran negara sekiranya semua rakyat faham makna Rukun Negara dan mengamalkannya.
Surah Al-Jumu’ah menjadikan panduan dan solusi umum untuk mengangkat nilai-nilai urni dalam agama Islam sebagai agama Persekutuan. Manakala Surah Al Hujurat yang disinonimkan dengan akhlak dan adab menjadi panduan dan solusi kepada permasalahan tersebut dan sunnah Rasulullah SAW membina akhlak dan beradapan diri perlu direalisasikan untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan negara.
Jom sertai Malaysia #QuranHour, daftar dan hadir sebagai peserta di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 30 Ogos 2024, Jumaat di https://bit.ly/KEHADIRANMQH2024.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.