Rumah Impian Di Residensi Alea Menjadi Milik Noorhasnieda. Tahniah!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Setelah enam bulan berlangsungnya peraduan Fuyoo! #BeliNuunaMenangRumah, hadiah utama berupa sebuah rumah impian Residensi Alea di Puncak Alam, Selangor akhirnya menjadi milik Noorhasnieda binti Tajuddin.

Pengumuman pemenang utama cabutan bertuah Fuyoo! Beli Nuuna Menang Rumah ini telah berlangsung di Central Concourse, Central i-City, Shah Alam. Peraduan ini telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negeri. Para peserta hanya perlu membeli produk Nuuna di mana-mana pasaraya dan menghantar penyertaan melalui laman web rasmi Rasa. Semakin banyak pembelian,semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Dalam peraduan beli Fuyoo! Beli Nuuna Menang rumah ini, 200 penyertaan tertinggi telah dipilih untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah Grand Finale. Hadiah utama yang menjadi idaman para peserta tentunya sebuah rumah di Residensi Alea, Puncak Alam, Selangor, sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh seni bina Australia.

Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lain seperti ITSU VIBRO, ITSU AIRBIKE, ITSU SWING BIKE  dan wang tunai RM100 bagi 10 cabutan bertuah.

Bukan itu saja, tiga sesi cabutan bertuah dwi-bulanan (Jan-Feb, Mac-April, Mei-Jun) telah dibuat menerusi sesi live di platform Rasa di mana Yong Pheng Seng, Choo Lean Wah dan Muhammad Irfan bin Mohammad Kassim telah membawa pulang hadiah istimewa.

Dalam masa yang sama, Nuuna juga memperkenalkan empat variasi perisa mi segera dan bihun segera baharu yang pastinya menggoda selera ramai. Pertama, Nuuna Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Keju Pedas, di mana kepedasan yang membara digabungkan dengan keju berkrim, mencipta pengalaman rasa yang luar biasa. Kedua, Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Nasi Lemak, membawa keaslian dan kekayaan hidangan ikonik Malaysia ini terus ke dalam mangkuk anda. Mi Segera dan Bihun Segera pertama berperisa Nasi Lemak di Malaysia.

Kedua-dua perisa Mi Segera dan Bihun Segera ini sudah tersedia di pasaran dan pastinya akan menambah kenikmatan bagi pencinta mi segera dan bihun segera di Malaysia.

Program ini dimeriahkan dengan penampilan khas daripada kumpulan De’Fam yang membuat demo masakan serta persembahan. Sesi ini pastinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua tetamu yang hadir.

Rasa dan Nuuna amat berbesar hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh semua peserta dan berharap agar acara ini akan menjadi satu kenangan manis buat semua yang terlibat.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply