Category: Humor

  • Saltwater Gamefish Idaman Anglers Tanah Air!!

      Tarpon Tarpon dapat ditemui di Lautan Atlantik dan Lautan Indo-Pasifik. Ia spesies yang mampu memberi tentangan yang sangat hebat untuk ditangkap kerana kemampuan mereka untuk melompat keluar dari air. Tarpon terbesar yang berjaya ditangkap dengan joran dan kekili seberat 249 lb, sepanjang 7 kaki. Sayangnya spesies tarpon gergasi ini tiada di perairan kita.  …

  • Trip Retro – Toman Saiz Naga Tasik Chini!!

      Setelah perjalanan hampir 10 minit enjin dimatikan dan kami meluncur sambil berdayung merapati kawasan rumput-rumput kelecut yang kekuningan. Beberapa kali lontaran, Nazri yang pertama menerima sambaran.   Bunyi hentaman yang kuat menandakan toman saiz bagak yang menyambar tapi sayang ‘longkah’ di pertengahan jalan. Kami terus berdayung menyusuri lorong-lorong di celah mengkuang dan rasau sambil joran dihayun dalam usaha menghantar gewang ke arah kawasan…

  • Soal Jawab Memancing – Bila Dan Situasi Macamana Boleh Guna Gewang Pintail??

      Admin beranggapan Pintail yang dimaksudkan dalam soalan yang dikemukakan ini ialah gewang minnow tenggelam atau keluaran Jackson atau Jackson Pintail minnow singking fishing lure. Pintail ini sebenarnya bukanlah gewang artificial yang baru dalam dunia pancingan tanah air. Jika tidak silap admin, ia telah digunapakai semenjak tahun 2010 lagi.   Keberkesanan gewang pintail ini menyebabkan…

  • Trip Retro – Trip Kumpau Laluan Kapal Melampau!!

      Dalam trip ke sekian kalinya, cuaca begitu menyebelahi kami kerana beberapa trip sebelumnya terpaksa menempuh alun menggila di pintu keluar kawasan merah yang dikenali Pintu Air Pulau Pintu Gedung. Laut yang sedikit beralun membolehkan proses mencari umpan hidup. Umpan hidup dari hasil apollo lebih mudah diperoleh namun ia sekadar umpan pilihan kedua.   Penjimatan masa…

  • Puaka Lubuk Kolam!!

      Perjalanan bermula dengan menaiki motosikal dan bersambung dengan berjalan kaki di tepi jeram sungai mendaki bukit untuk sampai ke lubuk tersebut. Pada jam 2 petang mereka tiba di Lubuk Kolam dan agak memenatkan, mereka pun merehatkan diri di tepi jeram sungai sambil menyiapkan kelengkapan untuk memancing tengas.   “Letak je dah lekat ikan tengas,” kata…

  • Cara Buat Umpan Ikan Keli Untuk Menang Pertandingan Memancing!!

      Memandangkan agak terhad untuk berkongsi resepi ini dalam ruangan tersebut, jadi admin jawab dan bagi tutorial dalam ruangan DIY UMPAN ini. Ramuan umpan ini admin peroleh dari seorang pemancing yang pernah memenangi pertandingan memancing ikan keli.     Bahan-Bahan Keperluan:   1 Paket daging burger ayam 2 biji telur itik Tepung jagung    …

  • Perbezaan Ikan Lampam Jawa VS Lampam Sungai!!

      Di Malaysia terdapat dua jenis spesies ikan lampam yang popular. Selain lampam sungai (ikan asal), satu spesies lampam yang popular ialah lampam jawa (spesies import). Kedua-dua spesies ini datang daripada genus yang sama iaitu Barbonymus.   Perbezaan paling ketara bagi spesies ini terdapat pada nama umumnya. Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa…

  • Toman Bunga Sungai Jengka!!

      Bagi meneruskan ketagihan memancing, kami akan beralih pula ke Sungai Jengka. Sungai Jengka merupakan salah satu anak sungai yang bersambung dengan Sungai Pahang. Sungai Jengka memang tidak asing lagi bagi kaki mengilat di sekitar Jengka, Maran dan Temerloh.   Malangnya setiap tahun, sungai ini sering dituba oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tamakkan hasil…

  • Persiapan Penting Pancingan Bersampan!!

      Jaket Keselamatan Walaupun korang memang handal berenang semua style yang ada, atau padang pancing berair cetek, selesa atau tidak selesa tiada alasan untuk tidak memakai jaket keselamatan. Biarlah orang nak cakap poyo ke apa kerana orang yang sama akan akan menyalahkan korang jugak kerana tidak memakai jaket keselamatan apabila berlaku sesuatu kemalangan.   Limit Peralatan Bawa…