Raih Pingat Pertama Olimpik 2024 Untuk Negara, Aaron Chia ‘Hadiahkan’ Pingat Gangsa Buat Isteri Sempena Birthday!

Seluruh rakyat Malaysia bersorak gembira meraikan kejayaan Aaron Chia – Wooi Yik di pentas Olimpik Paris 2024 malam tadi! Lebih bermakna, ia merupakan pingat pertama negara pada edisi kali ini dan seluruh rakyat khususnya peminat sukan menanti-nantikan detik bersejarah tersebut.

Ternyata semangat juang pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia – Sok Wooi Yik tidak pudar meskipun tidak berjaya melangkah ke peringkat final.

Peluang beraksi memburu pingat gangsa tidak disia-siakan gandingan beregu ini sekaligus mempertahankan pingat gangsa yang pernah dimenangi di Olimpik Tokyo 2020.

Kredit Instagram @olympicmas

Kredit Instagram @olympicmas

Kredit Instagram @nicoldsquash

Dalam pertarungan penuh mendebarkan di Porte de La Chapelle Arena  itu, Aaron – Wooi Yik menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup – Anders Skaarup Rasmuseen 16-21, 22-20, 21-19.

Kedua-dua gandingan itu gagal melayakkan diri ke final selepas kecundang di tangan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir yang menyaksikan Aaron – Wooi Yik tumbang di tangan gandingan nombor satu dunia iaitu Liang Weikeng – Wang Chang 19-21, 21-15, 17-21.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Untuk rekod, Aaron – Wooi Yik menang pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020 selepas menumbangkan gandingan berpengalaman Indonesia iaitu Mohamad Ahsan – Hendra Setiawan.

Meninjau media sosial Aaron Chia, bapa dua anak ini mendedikasikan pingat gangsa Olimpik Paris 2024 tersebut buat isteri tercinta iaitu Mei Qi yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 5 Ogos.

Kredit Instagram @aaronchiatengfong

Kredit Instagram @aaronchiatengfong

Kredit Instagram @aaronchiatengfong

Happy birthday to my love. Hope that this could be the most special birthday gift for you.”

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, kelihatan pasangan romantis ini mengabdikan momen di gelanggang Olimpik Paris 2024 sambil memegang pingat gangsa yang dimenangi. Aaron dan isteri turut mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Alvee dan Elisa.

Mengimbas kejayaan pasangan beregu badminton ini, Aaron – Wooi Yik menamatkan ‘badi’ merangkul juara dunia di Tokyo Metropolitan Gymnasium pada 28 Ogos 2022.

Kredit Instagram @nicoldsquash

Kredit Instagram @nicoldsquash

Kredit Instagram @olympicmas

Artikel https://www.nona.my/hasrat-bergelar-juara-dunia-tak-kesampaian-aaron-wooi-yik-tetap-jadi-kebanggaan-di-terbuka-indonesia-2023/

Ia seterusnya menjadi gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-27.

Aaron – Wook Yik pertama kali digandingkan pada tahun 2017.

 

 

Comments

Leave a Reply