“Tuanku Memang Mesra Rakyat,” Sharifah Shahora Teruja Terima Kunjungan & Rasa Air Tangan Tengku Ampuan Pahang!

Rezeki Sharifah Shahora dan kawan baiknya yang juga rakan artis, Sheila Rusly dan Maria Tunku Sabri yang menerima kunjungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama Sharifah Shahora Syed Akil Syed Alwee ini menzahirkan rasa gembira dapat bertentang mata dan beramah mesra dengan Tunku Azizah.

Lebih istimewa, ketiga-tiga sahabat baik berkenaan berpeluang melihat sendiri Tunku Azizah memasak dan merasai air tangan Baginda.

Tunku Azizah yang anggun dalam persalinan kurung rona biru lembut kelihatan mesra dan ceria bersama tiga selebriti tanah air itu.

Dedah Sharifah Shahora, “Baru-baru ini kami bertiga menerima kunjungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah di kediaman Maria Tunku Sabri dan Tuanku sempat meluangkan masa masak menu air tangan dari Tuanku.”

Untung ketiga-tiga sahabat baik ini dapat bersama-sama dengan Tunku Azizah di dapur dan berbual mesra. Peluang yang jarang-jarang dapat dinikmati oleh rakyat biasa. Pastinya momen itu dimanfaatkan sebaiknya mereka bertiga.

Malah Sharifah Shahora yang juga aktres berbakat besar ini turut meluahkan rasa kagum dengan keperibadian Tengku Ampuan Pahang.

“Benarlah Bagai dikata Tuanku memang mesra rakyat, bersahaja dan menyenangkan. Patik bertiga pula control ‘ayu’.

Maria Tunku Sabri dan Sheila Rusly yang selalu makan banyak tiba-tiba diet. Control makan ya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Shahora (@sharifahshahora)

Dalam pertemuan itu, Tunku Azizah turut berkenan bersantap bersama Sharifah Shahora, Sheila Rusly dan Maria Tunku Sabri. Di samping mengambil gambar kenang-kenangan sebelum Baginda berangkat pulang.

Keakraban dan hubungan baik tiga sahabat selebriti ini sentiasa menarik perhatian peminat seni tanah air. Meniti usia 50an, mereka tampil ceria dan cukup menghargai persahabatan yang terjalin.

Bahkan sebelum ini, ketiga-tiga mereka tetap meluangkan masa bercuti bersama meskipun masing-masing sudah berkeluarga dan popular sebagai anak seni.

Artikel https://www.nona.my/terhibur-gelagat-3-sahabat-selebriti-ini-dah-berjaya-ada-keluarga-masih-pergi-cuti-bersama/

Semoga ikatan persahabatan rakan artis ini berkekalan sampai syurga.

Comments

Leave a Reply