Huawei telah sedia memperkenalkan kemaskini kepada sistem operasi Harmony yang menguasakan peranti pintar mereka baru-baru ini, sekaligus tidak lagi menggunakan sokongan Android, serta aplikasi yang dibangunkan untuk Android. Ini sekaligus membawa kepada pembangunan aplikasi yang dioptimasikan khusus untuk Harmony OS.
Ketika pengenalan, Huawei mengatakan telah terdapat lebih 15,000 aplikasi yang dibangunkan untuk Harmony buat masa ini. Bergerak kehadapan, Huawei dilihat melakukan pelaburan tinggi untuk pembangunan ekosistem, dan menyasarkan mencapai lebih 100,000 aplikasi dalam tempoh 6 ke 12 bulan akan datang.
Selain pembangun aplikasi di China, pihak Huawei juga telah mula mendekati para pembangun aplikasi luar China. Sebelum ini, Huawei telah menyatakan Grab sedang membangunkan aplikasi untuk Harmony.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.