Hari terakhir Jelajah Golf Toyota 2024 menyaksikan Edven Ying muncul wakil negara paling cemerlang apabila menghuni tangga kelapan dengan mencatat keputusan keseluruhan 277 pukulan, 11 di bawah par.
Edven tampak puas hati dengan usaha yang dikerah di di Kota Permai Golf And Country Club hari ini sambil berharap prestasi terbaik mampu dijelmakan lagi menjelang kejohanan seterusnya di thailand.
“Saya memiliki keyakinan dalam permainan hari ini. Semalam saya dapatkan rehat yang cukup, badan saya berasa sangat selesa,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam pada itu, disebabkan sensasi merakamkan hole in one kelmarin, Paul San, menerima durian runtuh dengan dianugerahkan sebanyak RM2,000 daripada pihak penganjur, Toyota, sementara RM1,000 daripada Persatuan Golf Malaysia.
“Ini hole in one kedua saya. Ia memberi peluang untuk saya terus bersaing pada hari kedua dan ketiga,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.