Penganjuran edisi ke-3 Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024 terus mencuri tumpuan dengan kategori baru dengan penyertaan ibu bapa yang turut mengambil bahagian dalam sukan itu.
Menurut salah seorang daripada peserta, keputusan untuk turun beraksi di dalam gelanggang dibuat tanpa memikirkan kemenangan atau kekalahan.
Sebaliknya, Teoh Chong Lee, mahu fokus kepada sokongan dan dorongan kepada dua anaknya yang turut bertanding dalam kategori B-13 dan B-15 dalam edisi kali ini.
Meskipun beraksi tanpa apa-apa status mahupun rekod dalam sukan badminton, ia tidak menghalang dirinya untuk cuba memberikan persembahan terbaik meskipun terpaksa akur apabila terkandas dalam pusingan separuh akhir.
“Saya hanya melatih motivasi mereka, taktikal terpulang kepada jurulatih. Tetapi motivasi saya berikan kerana anak saya mempunyai fizikal yang kecil tetapi saya selalu berpesan fizikal kecil bukan masalah tetapi mental perlu kuat.
“Saya punya anak jika ditinggalkan dengan jurang 7-0, dia boleh bangkit mengutip satu persatu mata.” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.