Pendahulu perseorangan lelaki kategori B-15, Lim Zheng Jie, meneruskan cabaran dengan keputusan cemerlang selepas menundukkan lawan dari Kuala Lumpur, Teh Cheng Yao, dengan aksi rubber set, 21-14, 16-21, 21-16, dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024, hari ini.
Meskipun ketinggalan dalam set kedua, namun kebangkitan berjaya dijelmakan beregu itu bagi memastikan slot ke suku akhir dalam genggamannya.
Zheng Jie bagaimanapun tidak mampu meneruskan rekod tanpa kalah itu dalam aksi suku akhir selepas dia terpaksa akur dengan kekalahan kepada Albee Loh, 12-21, 13-21.
“Saya gembira kerana menang hari ini walaupun baraksi dalam keadaan demam hari ini,”
Begitupun, misi Zheng Jie belum berakhir kerana dia masih mempunyai satu perlawanan suku akhir kategori beregu lelaki bergandingan dengan pasangannya, Kuak Dolton yang bakal membuat perhitungan dengan Chong Yan Chen serta Najib Haqimi Osman dari Selangor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.