Tular Video Jaga Ibu Sakit Di Hospital, Isha Norsham Sanggup Terbang Ke Terengganu Demi Adik Iman – “Akak Datang Pun Saya Dah Seronok”

Tiada apa yang diminta, hanya mahukan penyampai radio Era FM iaitu Isha Norsham datang ke Terengganu untuk melawat adik Iman yang tular menjadi ibunya terlantar di hospital.

 

Menerusi perkongsian di Instagram Era, Isha akhirnya terbang ke Terengganu untuk menunaikan permintaan adik Iman.

 

Malah Isha juga sempat menyinggah Pasar Payang untuk membeli makanan kegemaran adik Iman dan ibunya iaitu putu bambu serta ayam goreng.

 

“Tak apa la, terima kasih banyak-banyak. Akak datang pun saya dah seronok,” tulis adik Iman.

 

Bagaimanapun Isha tetap membelikan barangan keperluan seperti makanan biskut, minyak masak dan pencuci baju serta barangan keperluan sekolah.

 

Sebelum ini, tular video memperlihatkan remaja lelaki berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Adik Iman sedang menjaga ibunya yang terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas mengalami serangan angin ahmar pada 20 Oktober lalu.

 

Menurutnya, kejadian itu menimpa ibunya yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ketika berada di dewan makan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil di Hulu Terengganu.

 

Iman yang juga anak tunggal berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah dan menjaga ibunya selama tiga hari selepas dimasukkan ke wad biasa.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply