Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, menjelaskan dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharugi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu dalam masa terdekat ini.
Dia turut berkongsikan rutin harian kehidupannya sebagai atlet Muay Thai dalam satu posting di laman Instagram hari ini.
“Jojo” Ghazali really got a ONE contract before he got his drivers license ? Congrats to the youngest contract winner in ONE Championship history!#ONEFridayFights36 | ? Live Now
? Live TV broadcast in 190+ countries (check local listings) pic.twitter.com/pgp7IVGvc3— ONE Championship (@ONEChampionship) October 6, 2023
“Alhamdulilah, perlawanan seterusnya sudah disahkan. Sudah menandatangani perjanjian dan sudah mengetahui bakal berlawan dengan siapa tetapi masih tidak dapat dikongsikan ketika ini. Jadi, terus ikuti kerana perlawanan kali ini pasti anda semua akan suka.
Dalam pada itu, dia yang turut dikenali sebagai Jojo turut menafikan dakwaan bayaran gajinya berjumlah RM1 Juta.
“Siapa cakap gaji Jojo RM1 Juta ini? Betul ke? Jojo juga mahukan gaji itu.” tambahnya.
Untuk rekod, Jojo menewaskan pertarung dari Mexico, Josue Cruz ,secara knockout (KO) seawal pusingan pertama dalam saingan One Championship di Denver, Kanada, September lalu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.