Harry Kane menjaringkan hatrik untuk menjadi pemain terpantas meledak 50 gol dalam aksi Bundesliga ketika Bayern Munich mudah mengatasi Augsburg 3-0 awal pagi tadi.
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh Erling Haaland.
???#FCBayern #MiaSanMia | #FCBFCA pic.twitter.com/lXRwyNhe2G
— FC Bayern (@FCBayernEN) November 22, 2024
Kane menjaringkan 50 gol Bundesliga dalam 43 perlawanan. Sebelum Kane, Haaland merupakan yang terpantas meledak 50 gol, melakukannya dalam 50 penampilan ketika bersama Borussia Dortmund.
Dia juga yang terpantas buat Bayern. Kane mencapai rekod itu lebih pantas berbanding Gerd Muller (83 perlawanan), Mario Gomez (71 perlawanan), Roy Makaay (67 perlawanan) dan Robert Lewandowski (64 perlawanan).
10 daripada gol Kane terhasil menerusi sepakan penalti, manakala 32 dijaring menggunakan kaki kanan, sembilan dengan kaki kiri dan sembilan tandukan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.