SUBANG – Sebuah gudang elektrik musnah dalam kebakaran di Jalan TUDM-Kampung Baru Subang pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.44 pagi.
“Seramai 29 pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian terdiri daripada keanggotaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong serta turut dibantu BBP Subang Jaya, BBP Sungai Buloh, BBP Petaling Jaya.
“Pihak bomba kemudiannya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.06 dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah gudang elektrik yang berkeluasan 50×100 kaki persegi dan terbakar 70 peratus,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, usaha pemadaman dijalankan anggota bomba bertugas.
“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.
“Setakat ini punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.