Pihak berautoriti perlu adil dalam pendakwaan rasuah

Datuk Awang Hashim

SHAH ALAM – Pihak berautoriti diingatkan agar berlaku adil terhadap setiap pendakwaan yang dilakukan ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan isu rasuah.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, ini bagi mengelakkan berlakunya kezaliman walhal mereka belum disabitkan dengan kesalahan.

“Saya bukan sokong, cuma mengingatkan pihak yang berautoriti.

“Supaya dalam kita memerangi gejala rasuah, jangan pula lupa pada masa yang sama mungkin berlaku kezaliman atau ketidakadilan. Ini yang saya pesan,” katanya pada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Awang menyokong kenyataan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di Dewan Rakyat yang menyatakan tidak adil untuk menuding jari kepada individu tertentu sehingga laporan atau keputusan akhir dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuat kuasa.

Menurut Steven, ditambah individu berkenaan tiada di dalam Dewan Rakyat untuk mempertahankan diri.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Resource Development Corp (HRD Corp), Shahul Hameed Shaik Dawoo dikembalikan ke tugas asal selepas nama beliau tidak disebut dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply