OpenAI sedia mengintegrasikan sokongan ChatGPT terus pada penawaran komputer Windows melalui CoPilot, selain turut mengintegrasikan sokongan mereka pada produk Apple seperti iPhone dan Mac. Tidak setakat itu, kini dilaporkan OpenAI sedang dalam perbincangan bersama Samsung untuk mengintegrasikan ciri ChatGPT pada telefon Samsung Galaxy.
Pada hari ini, Samsung sedia mengintegrasikan sokongan Galaxy Ai dan juga Google Gemini pada telefon pintar Galaxy mereka.
OpenAI sendiri dilihat sedang membangunkan beberapa ciri yang menyaingi Google. Selain penawaran chatbot, mereka turut menyediakan perkhidmatan enjin carian, sokongan perbualan suara bersama kecerdasan buatan, dan turut dilaporkan sedang pertimbang untuk bangunkan pelayar web tersendiri.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah keputusan Samsung berkaitan hal ini. Adakah Samsung akan mengintegrasikan ChatGPT, atau terus kekal bersama rakan kerjasama lama mereka, Google.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.