KOTA KINABALU – Seramai 21 pelajar Tingkatan Empat dan Lima ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian pergaduhan di gelanggang futsal berhampiran sebuah sekolah menengah di di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kesemua mereka ditahan pada Khamis lalu, namun dibebaskan dengan jaminan polis.
“Pergaduhan berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.
“Terdapat mangsa dipukul beramai-ramai sehingga mengalami sakit pada beberapa bahagian badan serta telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Kasim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.