Google Gemini Kelak Boleh Kawal Mana-Mana Aplikasi Dalam Peranti Pengguna

Kebanyakan pengeluar peranti sekarang bersungguh ingin menjadikan pembantu maya mereka yang dikuasakan kecerdasan buatan generatif menjadi pembantu maya pengguna paling sempurna. Terbaru, Google dikatakan ingin menjadikan Gemini lebih berguna berbanding Google Assistant.

Ini bukan perkara yang mengejutkan apabila pasukan Google Assistant diserap masuk ke Gemini. Ramai menjangkakan selepas Assistant diintegrasikan ke dalam Gemini, di masa depan Gemini akan menjadi pembantu utama. Ciri baharu yang kini dilaporkan dalam pembangunan adalah Gemini boleh melakukan pesanan makanan untuk pengguna. Ia dikatakan kelak Gemini boleh mengawal mana-mana aplikasi di dalam peranti pengguna.

Rabbit R1 dengan LAM untuk ciri lebih kurang sama.

Jika ciri ini berjaya diperkenalkan, Google turut menjadi antara syarikat teknologi yang berjaya membuktikan peranti fizikal AI seperti Rabbit R1 atau Humane AI Pin adalah tidak relevan. Ini juga merupakan ciri sama yang sedang dibangunkan oleh Motorola dan Honor beberapa bulan lepas. Jika Google membuka ciri ini kepada semua pengguna dan bebas digunakan bersama mana-mana aplikasi, kita boleh dengan mudah beri arahan “Hey, Google orderkan roti kosong dari kedai mamak berdekatan“.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply