Harga Disney+ Dinaikkan Bagi Mendorong Pengguna Melanggan Pelan Dengan Iklan

Tahun ini, banyak yuran langganan bulanan untuk platform penstriman dinaikkan harga. Baru-baru ini Netflix dan beberapa bulan lepas pula Disney+. Terbaru, CEO Disney iaitu Bob Iger secara tidak sengaja mendedahkan kenapa Disney menaikkan harga langganan Disney+.

Di Amerika Syarikat, harga langganan Disney+ adalah $15.99 (~RM71.34) sebulan untuk yang premium dan $9.99 (~RM44.57) untuk yang asas bersama iklan. Kemudian untuk perkongsian akaun turut ada caj tambahan seperti Netflix yang bermula dari $6.99 (~RM31.18).

Iger secara tidak sengaja mengaku menyatakan harga dinaikkan bagi mendorong pengguna melanggan pelan dengan iklan. Disney menyedari yang jumlah pengguna semakin meningkat selepas pelan dengan iklan diperkenalkan.Pelan dengan iklan turut dikenali sebagai pelan AVOD [Ad-based Video On Demand] yang mana dilihat menarik minat ramai pengiklan untuk mendapatkan pulangan berdasarkan ARPU [average revenue per user].

Di Malaysia, masih tiada platform penstriman menawarkan pelan langganan dengan iklan. Harga bulanan sekarang adalah bermula dari RM24.90 untuk asas, RM39.90 untuk pelan Premium,  RM79.90 untuk langganan 3 bulan pelan Premium dan RM289.90 untuk langganan setahun pelan Premium. Adakah anda berminat untuk melanggan pelan dengan iklan?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply