SK Hynix Memperkenalkan Cip NAND 321 Lapis Dengan Kapasiti 1Tb

SK Hynix, syarikat pembuat cip memori dan storan terkemuka dari Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan komponen cip NAND terbaru mereka yang hadir dengan 321 lapisan semikonduktor, yang merumahkan storan sebanyak 1Tb (1 terabit).

Sebelum ini, SK Hynix merupakan pemegang rekod pengeluar cip NAND dengan 238 lapisan, dan dengan pengenalan cip NAND terbaru ini, mereka merupakan syarikat pengeluar cip memori dan storan pertama dengan NAND yang mempunyai lebih dari 300 lapis.

SK Hynix telah menghasilkan sebuah bahan baru dengan nilai ketegangan rendah yang membolehkan NAND 321 lapis ini dibangunkan dengan teknologi-teknologi lain. Apa yang menarik mengenai NAND ini ialah selain daripada memperkenalkan jumlah storan SSD yang jauh lebih besar ialah ia tampil dengan jumlah penggunaan kuasa 10 peratus yang lebih cekap dan juga kadar penghantaran data yang 12 peratus lebih tinggi.

SK Hynix juga mengatakan bahawa mereka sudahpun mula mengeluarkan cip NAND ini secara besar-besaran, dan akan mula dipasarkan kepada pelanggan-pelanggan mereka pada sekitar pertengahan tahun 2025.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply