Kasihnya bapa, sanggup berhenti merokok walaupun bukan perkara yang mudah. Tambahan lagi apabila mengamalkan tabiat tidak sihat itu untuk tempoh yang lama.
Hal ini demi menderma buah pinggangnya buat anak tersayang yang mempunyai masalah buah pinggang.
Ayub Abdul Ghani dan anaknya Mohammad Zulkifli
“Ayah saya merupakan hero saya,” kata Mohammad Zulkifli, 27, yang kini bertugas sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan di Kelantan.
Bagaimanapun Zulkifli mengakui perkara itu tidak mudah buat ayahnya.
“Struggle (bergelut) juga. Ambil masa juga untuk berhenti sepenuhnya,” katanya.
Katanya, ayahnya terpaksa berhenti rokok kerana penderma organ harus sihat tubuh badan.
Anak beranak itu sebelum pembedahan.
Bekas buruh binaan itu merokok kira-kira sekotak atau berbelas-belas batang sehari.
Zulkifli yang kini berkhidmat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan menghadapi kegagalan buah pinggang tahap akhir atau tahap lima pada tahun 2020.
Anak keenam daripada tujuh adik beradik itu disahkan menghadapi kegagalan buah pinggang semasa belajar bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.
Bagaimanapun dia meneruskan kuliah walaupun dengan wayar Internal Jugular Catheter (IJC) di leher.
“Ke sana dan ke sini dengan wayar IJC di leher semasa belajar,” katanya menerusi TikTok videonya.
“Habis belajar terus pergi hemodialisis,” katanya.
“Waktu ini saya rasa putus asa, cita-cita terkubur,” kata lagi.
Dia juga mendedahkan berkhidmat sebagai doktor walaupun statusnya sebagai pesakit buah pinggang, selepas tamat belajar. Zulkifli menerima buah pinggang ayahnya kelmarin melalui pemindahan di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut laporan Malaysiakini, Zulkifli memberitahu bahawa pembedahannya berjalan dengan lancar dan dia mula mengeluarkan air kencing dan sekarang menunggu dalam proses pemulihan.
Ayahnya juga sihat, boleh berjalan dan makan.
BACA LAGI : 10 Pasangan Karakter Hero dan Sidekick Paling Ikonik Sepanjang Zaman
Sumber : Malaysiakini
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.