Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing

Gerakan mencari Iswandi membabitkan 16 petugas dari BBP Seri Iskandar dan Kampung Gajah, serta polis dan penduduk setempat. Foto JBPM Perak

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, gerakan mencari Iswandi Isa, 42, ketika ini membabitkan 16 petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dan Kampung Gajah, serta polis dan penduduk setempat.

Beliau berkata, pihak bomba yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan pihak polis berkaitan kehilangan lelaki itu sekitar jam 1.05 pagi tadi telah menemukan motosikal serta joran milik lelaki itu.

“Pencarian di kawasan sekitar juga telah dilakukan, namun terpaksa dihentikan selepas beberapa jam akibat cuaca buruk,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Sabarodzi berkata, operasi pencarian yang disambung semula 7 pagi tadi akan tertumpu di sepanjang sungai berkenaan, menggunakan dua buah bot milik JBPM Perak dan polis.

“Kita syak lelaki itu mungkin terjatuh ke dalam sungai, dan bagi melancarkan operasi kita akan gunakan kaedah rondaan serta selaman di dasar sungai. Kita harap operasi hari ini berjalan lancar,” katanya. – Bernama


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply