Scam penyembelihan khizir (pig butchering) ialah yang paling berkembang di media sosial sekarang dengan ia turut melibatkan kematian warga Malaysia yang dipaksa melakukannya di Laos. Ia dilakukan oleh organisasi jenayah terancang dengan ia dianggarkan menyebabkan kerugian $75 bilion sepanjang 2023.
Dengan platform mereka menjadi platform pilihan scam penyembelihan khinzir, Meta hari ini mengumumkan mereka telah memadam lebih 2 juta akaun yang digunakan untuk menipu pengguna. Akaun yang dipadam melibatkan operasi penipuan di Kemboja, Myanmar, Laos, UAE dan Filipina.
Meta bekerjasama dengan beberapa agensi anti jenayah seperti Polis Diraja Thai bagi mengesan operasi penipuan yang sedang aktif. Berdasarkan maklumat yang diterima, pemantauan aktiviti akaun dan juga rakan industri seperti OpenAI sistem mengenalpasti akaun yang digunakan penipu telah digunakan. Sistem ini turut mampu menghalang akaun secara automatik apabila mengesan aktiviti penipuan sedang dilakukan.
Aktiviti scam penyembelihan khinzir menerima nama yang kurang enak ini kerana ia bermula dengan mangsa menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali. Ia kemudian berkembang menjadi hubungan romantik dengan mangsa dibelai sehingga diperdaya dengan skim pelaburan menggunakan kripto. Selepas wang habis dicuri mangsa akan diabaikan. Ia sama seperti petani yang membela khinzir dengan baik sebelum disembelih untuk dijual dagingnya.
Terdapat ramai warga Malaysia dipaksa menjadi penyembelih babi di Kambodia selepas ditipu sindiket pemerdagangan manusia yang menjanjikan gaji lumayan di negara tersebut. Mereka yang cuba melarikan diri akan dibunuh oleh sindiket yang didalangi kumpulan penjenayah terancang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.