Algoritma Threads Kini Memfokuskan Paparan Kandungan Dari Akaun Yang Anda Ikuti

Semalam, Threads telah mengaktifkan ciri Custom Feed kepada semua pengguna yang membolehkan mereka menghasilkan susur masa yang hanya memaparkan hantaran daripada akaun tertentu sahaja. Ini adalah ciri yang sama sahaja dengan susur masa Lists yang wujud di dalam X. Baru-baru ini, ketua Instagram iaitu Adam Mosseri turut mengumumkan satu ciri lagi yang telah diaktifkan.

Pada Threads sekarang, algoritma cadangan kandungan akan memfokuskan kepada kandungan yang dikongsi oleh akaun yang pengguna ikuti. Paparan cadangan kandungan dari akaun yang tidak diikuti akan dikurangkan. Ini adalah bagi memberi keseimbangan capaian hantaran untuk kebaikan pencipta kandungan dan juga Meta.

Pada pendapat saya, ciri ini jelas sekali ingin memancing kembali pengguna yang telah lari dari Threads dan pergi ke Bluesky yang kini mempunyai lebih 20 juta pengguna. Ciri baharu ini akan menjadikan Threads kelihatan seakan lebih mengambil berat kepada pengguna dengan membanyakkan paparan kandungan yang benar-benar diminati.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply