Intel Kini Sedang Menguji Arkitektur Grafik Xe3 – Akan Digunakan Bersama Panther Lake

Intel baru sahaja melancarkan siri cip pemprosesan Core Ultra 200V mereka yang dilihat tampil menggunakan cip pemprosesan grafik Intel Xe2 terbina. Cip pemprosesan grafik sama ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Disember kelak apabila Intel memperlihatkan kad grafik Intel Battlemage mereka.

Terkini, cip pemprosesan Intel Panther Lake dilaporkan sedang diuji, melihat kepada tangkapan layar perisian Sisoft baru-baru ini. Panther Lake merupakan siri cip pemprosesan komputer riba nipis dan ringan yang akan menggantikan cip pemprosesan Intel Lunar Lake pada tahun hadapan, dan dijangka akan dibina sepenuhnya oleh Intel, tidak seperti Lunar Lake dan Arrow Lake yang dikilangkan oleh TSMC.

Dalam ujian penanda-aras yang diperlihatkan, Panther Lake nampaknya akan menggunakan cip pemprosesan grafik Intel Xe3 (Intel Graphics 3525) dengan 32 teras terbina, yang dijangkakan ialah empat teras Intel Xe3.

dari segi kemampuan grafik, ia memperlihatkan bahawa kuasa pemprosesan grafik Panther Lake sudahpun menghampiri Arrow Lake, dan ini cukup hebat khususnya kerana Arrow Lake S ialah sebuah cip pemprosesan untuk komputer kelas desktop, manakala Panther Lake merupakan cip pemprosesan untuk komputer riba.

Setakat ini, kita tahu bahawa cip pemprosesan Intel Panther Lake tidak lagi akan hadir dengan memori LPDDR5X terbina didalam CPU, mungkin untuk membolehkan penggunaan memori yang lebih berkuasa seperti LPDDR5 CAMM2 dan sebagainya.

Butiran lanjut mengenai Intel Panther Lake mungkin diperlihatkan lagi kelak.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply