Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu, Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula.

Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.

Selain cicah dengan kari, boleh juga cicah dengan sambal atau apa saja yang kena citarasa. Roti Arab lembut ini boleh habis tiga keeping sekali hadap.

Cara buat roti Arab lembut gebu

Bahan-bahan

100ml air
100ml susu segar
1sb yis
3 cawan tepung gandum
1sk garam

Cara membuat

1. Campurkan semua bahan. Uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Jika nak guna mixer mata cangkuk atau bread maker pun boleh, uli hingga sekata. Bulatkan doh. Rehatkan selama 1 jam. Tutup permukaan bekas.

2. Uli sekali lagi doh. Bulatkan dan potong/ bahagikan kepada 6-8 bahagian. Canai membulat sehingga nipis setiap satunya.

3. Panaskan kuali. Goreng doh tanpa minyak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian. Jika suka goreng dengan sedikit minyak atau butter pun boleh.

4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kuah atau sambal yang bersesuaian, atau bersama ayam tandoori.

TIP
Roti Arab ini boleh juga disejuk beku. Cuma goreng separuh masak setiap belah. Kemudian simpan di dalam freezer.

Kredit resipi & foto: Norfazida Gda 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply