Elyana Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, “Tepat 14 Tahun Kita Hidup Bersama”

Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama.” Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.

Elyana Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Sambutan ulang tahun pernikahan bersama pasangan adalah salah satu cara untuk mengingat kembali segala momen manis bersama pasangan. Cara ini boleh menghangatkan kembali hubungan antara anda berdua yang mungkin kadangkala timbul tenggelam seiring dengan masa.

Bagi penyanyi dan juga pelakon Elyana, sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 tahun, Elyana menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.

Alhamdulillah.Tepat 14 tahun kita hidup bersama.Saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus menemani awak.

Saya bukan manusia sempurna sama seperti awak juga bukan manusia sempurna.
Hidup lah selama mungkin bersama saya..

Happy 14th Anniversary. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut berkongsi gambar perkahwinan.

“Tepat 14 Tahun Kita Hidup Bersama”

Mengimbau kembali kenangan lama, akui Elyana, beliau berkahwin dengan suaminya, Khairul Anuar Husin ketika berumur 23 tahun. Memang dari dahulu lagi beliau mahu berkahwin awal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

“Siap pasang niat, saya akan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang menjadi teman lelaki saya. Saya mengambil langkah berani dengan melamar teman lelaki (suami). Akhirnya pada 19 November 2010 kami selamat disatukan sebagai suami isteri,” cerita Elyana.

Elyana tidak ambil kisah apabila ada yang mengatakan beliau seperti perigi mencari timba. Matlamat beliau hanya untuk berkahwin.

Perkongsian Elyana mendapat banyak respon daripada warga maya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan dengan beliau dan suaminya.

Sumber: Instagram Elyana

Baca artikel lain juga: ‘Ajar Anak-Anak Naik Train.’ Ramai Puji Cara Elyana Didik Anak

Memang Dari Dulu Nak Kahwin Awal.. Sebab Tu Saya Yang Melamar Masa Tu Elyana

Jalani Kimoterapi Walau Bebas Kanser. Ni Jawab Elyana!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply