Tempat menarik di Indonesia terlalu banyak dan anda pasti tidak tahu mahu berkunjung yang mana satu kan?
Artikel ini boleh jadikan panduan sekiranya anda ingin bercuti ke Indonesia pada masa akan datang. Barulah percutian lebih lengkap!
15 Tempat Menarik di Indonesia
1. Jakarta
Tempat menarik di Indonesia yang pertama sudah pastinya Jakarta. Sebagai ibu negara Indonesia, pelbagai tempat untuk anda lawati sekiranya bercuti di sini.
Antaranya adalah Menara Monas yang berketinggian 433 kaki ataupun 132 meter yang terletak di tengah-tengah Dataran Merdeka, Jakarta Tengah.
Menara ini dibina sebagai simbol perjuangan Indonesia untuk mencapai kemerdekaan. Di dalam menara yang dibina pada tahun 1961 ini terdapat Muzium Sejarah Kebangsaan yang mempamerkan lebih daripada 50 jenis diorama.
Selain itu, boleh juga berkunjung ke Taman Mini Indonesia Indah, Ragunan Zoo, Dufan Ancol, Grand Indonesia Mall dan lain-lain.
2. Bandung
Seterusnya, bandung juga antara tempat menarik di Indonesia dan diminati ramai oleh para pelancong. Ia juga digelar sebagao Paris van Java kerana seolah-olah berada di Eropah.
Antara tempat boleh dikunjungi adalah Kampung Daun, Kawah Putih, Tangkuban Perahu, The Lodge Maribaya, Paris Van Java Mall dan lain-lain.
3. Bali
Jika anda pencinta alam semula jadi dan ingin menikmati keindahan pantai ciptaan Allah SWT, Bali merupakan destinasi tepat untuk dikunjungi.
Antara tempat menarik di sini adalah Puncak Danau Buyan Wanagiri, Bali Safari and Marine Park, Pantai Kuta, Pantai Seminyak, Pantai Nusa Dua dan lain-lain.
4. Tempat menarik di Indonesia – Jogyakarta
Bagi anda peminat filem Ada Apa Dengan Cinta 2, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di Jogyakarta dan singgah di tempat pengembaraan mereka.
Antara tempatnya adalah Pantai Parangtritis, Candi Ratu Boko, Makam Kotagede, Greenhost Hotel, Klinik Kopi, Rumah Doa Bukit Rhema dan Pantai Timang.
5. Medan
Medan merupakan antara tempat menarik di Indonesia boleh dikunjungi dan ia terletak di Utara Sumatera. Bandar ini menjadi pusat terkumpulnya bermacam budaya berbeza iaitu masyarakat China dan pengaruh Tamil.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di Istana Maimum, Museum Negeri Provinsi Sumatera Utara dan Tjong A Fie Mansion sekiranya berada di Medan.
6. Surabaya
Tempat menarik di Indonesia yang selanjutnya adalah Surabaya, bandar kedua yang terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Bandar ini kaya dengan sejarah Indonesia dan tarikan alam semula jadi yang mempunyai pesona tersendiri.
Tempat boleh dikunjungi adalah Gunung Bromo, Tumpak Sewu, Kawah Ijen, Museum House of Sampoerna dan Muziam Angkut.
7. Lombok
Sama seperti Bali, Lombok merupakan tempat yang dipenuhi dengan pantai indah. Lebih menarik lagi jika anda bercuti bersama insan tersayang di sini kerana sungguh romantis.
empat menarik di Lombok boleh dikunjungi adalah Gili Trawangan, Pantai Selong Belanak, Pink Beach, Gunung Rinjani dan Pantai Sengigi.
8. Labuan Bajo
Labuan Bajo antara tempat pilihan ramai pada masa kini kerana aktiviti menarik boleh dilakukan di sana adalah bermalam di atas kapal ‘ditemani’ langit indah.
Labuan Bajo adalah bandar nelayan di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara sebelah timur Indonesia.
Tempat boleh dikunjungi di sini adalah Pulau Badar, Taman Nasional Komodo, Bukit Cinta, Puncak Amelia, dan Puncak Silvia.
9. Padang
Padang merupakan ibu kota bagi wilayah Sumatra Barat. Lokasi yang menjadikan ianya lokasi transit terbaik untuk para pelancong.
Menariknya di sini, anda boleh kunjungi Kepulauan Mentawai, Masjid Raya Sumatera Barat, Museum Adityawarman dan Istana Pagaruyung.
10. Makassar
Makassar merupakan destinasi yang dikelilingi oleh bangunan klasik dan ia merupakan bandar terbesar di Kepulauan Sulawesi. Tempat boleh disinggah sekiranya berada di Makassar adalah Pulau Samalona, Bantimurung Park dan Fort Rotterdam.
11. Bandar Aceh
Walaupun Bandar Aceh tidak menjadi pilihan ramai kerana sejarah mengenai tsunami namun daerah ini mempunyai banyak tarikan untuk dikunjungi.
Antaranya adalah Aceh Tsunami Museum, Pulau Weh, Museum Negeri Banda Aceh dan lain-lain.
12. Semerang
Tempat menarik di Indonesia adalah Semarang yang terletak antara China dan Belanda. Kesan kedatangan mereka dapat dilihat daripada reka bentuk dan hidangan makanan.
Tempat boleh dikunjungi adalah Karimunjawa National Park, Pondok Kopi dan Ladang Sewu.
13. Batam
Tempat pelancongan seterusnya adalah Batam yang terletak di Laut China Selatan, wilayah Kepulauan Riau, Indonesia. Buat anda yang tidak tahu, Batam ini hanya berjarak kira-kira 25 km dari Johor, Malaysia.
Antara tempat boleh dikunjungi adalah Ocarina Park, Perkampungan Pelarian Vietnam, Barelang Bridge, Kampung Terih, Batam Botanical Garden dan lain-lain.
14. Papua
Papua merupakan pulau kedua terbesar di dunia yang terletak di bahagian barat New Guinea. Selain Taman Nasional Lorentz, Pulau Papua memiliki kawasan menarik antaranya Danau Sentani, Pantai Base-G, Taman Nasional Wasur, Lembah Baliem dan Raja Ampat.
15. Riau
Riau adalah sebuah wilayah di Indonesia yang terletak di bahagian tengah pulau Sumatra iaitu di sepanjang pesisir Selat Melaka. Tempat menarik di sini terlalu banyak antaranya adalah Zoo Sang Kulim, Riau Fantasy, Masjid Besar An Nur, Kuil Muara Takus, Air Terjun Batang Koban, Air Terjun Aek Mertua, Istana Siak Sri Indrapura dan Taman Negara Tesso Nilo.
Jadi itu antara tempat yang menarik kalau anda ke Indonesia, boleh cuba plan ikut bajet anda dan enjoy!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.