Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
BACA JUGA: Koleksi “Raya In Vogue” Patuh Syariah Jadi Sandaran Jenama SITI KHADIJAH
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.