Diam tak diam, usia perkahwinan pasangan selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sudah pun melangkau 13 tahun. Lebih sedekad bergelar suami isteri, kedua-dua mereka kian bahagia dan menjalani kehidupan ‘low profile’ meskipun Zahiril dan Shera merupakan anak seni.
Sepanjang perkahwinan, jarang dengar cerita kurang enak mengenai pasangan ini. Cukup bijak menjaga privasi keluarga, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob lebih memberi tumpuan kepada suami dan cahaya mata tunggal mereka.
Apatah lagi, sejak berkahwin wanita berusia 38 tahun tersebut mengambil keputusan untuk memperlahan aktiviti seni demi keluarga tersayang.
Sebelum berkahwin, Shera merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen.
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-13, Zahiril menitipkan ucapan ringkas dan penuh makna buat isteri tercinta. Sambil memuat naik momen indah di samping Shera sepanjang melayari alam rumah tangga.
“13 years and still rock and roll. Alhamdulillah. Thank you to everyone who made dua for us. Your prayers mean the world to us.
I love you Shera Aiyob. Happy Anniversary, 2011.”
View this post on Instagram
Mengimbas kembali pembabitan Shera dalam industri seni, dia mula aktif berlakon sekitar tahun 2007.
Antara karya yang pernah dibintangi Shera termasuklah filem Karak, Juvana, Perempuan Paling Bahagia dan Duri.
Shera sah bergelar suri hati Zahiril Adzim pada tanggal 20 November 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 19 Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.
Pasangan ini pernah diberi kepercayaan mengemudi program Masam Masam Manis musim ketiga di saluran TV AlHijrah.
Penampilan Shera sebagai selebriti dan isteri kepada pelakon popular meraih perhatian ramai selepas dia memutuskan untuk berhijab sepenuhnya pada tahun 2014.
Zahiril, selain aktif dengan kerjaya lakonan turut mengusahakan label pakaian miliknya iaitu Bobby San Supply.
Semoga kehadiran Nadi Anaqi memberi lebih makna buat Zahiril Adzim dan Shera Aiyob dalam melayari alam rumah tangga dan kekal bahagia sampai syurga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.