Ozempic Didapati Menyebabkan Otot Jantung Mengecil

Ozempic, Rybelsus dan Wegovy adalah nama jualan untuk ubat semaglutide yang dilihat sebagai penawar ajaib untuk masalah diabetes, obesiti dan juga ketagihan. Beberapa kajian sebelum ini memuji kesan positif semaglutide pada tubuh manusia. Tetapi kajian terkini dari University of Alberta kini mendapati ia turut mendatangkan impak negatif pada otot jantung.

Semaglutide diberikan kepada tikus makmal yang mengalami masalah kegemukan dan juga kurus. Otot jantung tikus kemudiannya didapati mengecil. Kemudian ujian yang sama dilakukan ke atas sel jantung manusia dan sekali lagi pengecilan otot dapat dikesan.

Penyelidik kini memberikan amaran kesan jangka panjang penggunaan semaglutide ke atas sel otot jantung manusia perlu dilakukan. Ramai pengguna mungkin tidak menyedari pengambilan ubat ini mungkin akan menyebabkan masalah kardiovaskular selepas digunakan untuk tempoh tertentu.

Keputusan kajian University of Alberta ini selari dengan sebuah lagi kajian terdahulu yang mendapati sehingga 40% berat yang dikurangkan oleh pengambil semaglutide ialah dalam bentuk otot dan bukannya lemak semata-mata. Ia turut boleh menyebabkan boleh meningkatkan risiko buta. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Science Direct.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply